kepadaMU...


Aku kecewa pada diriku sendiri

Kecewa tidak bisa menyendiri

kecewa tidak bisa menyelesaikan masalah sendiri

kecewa kerana harus tergantung orang lain

kecewa kerana harus dibimbing orang lain

kecewa kerana harus di ajar orang lain

kecewa kerana tidak bisa membahagiakan orang lain

kecewa kerana meresahkan orang lain

kecewa kerana menyakitkan hati orang lain

kecewa kerana tidak bisa mendapatkan cinta sejati

Mungkinkah semua ini terjadi?

Ya! . . . Benar! . . . Memang terjadi!

mungkin kerana aku takut

mungkin kerana aku bodoh

mungkin kerana aku tidak percaya diri

mungkin kerana aku banyak berbuat dosa

atau juga kerana aku ditakdirkan begini

yang jelas aku tak tahu mengapa semua ini terjadi

Ya . . . Allah . . .

Mengapa semua terjadi pada diriku

Mengapa . . . ? Mengapa . . . ?

berilah aku jawapan

berilah aku petunjuk-Mu

berilah aku jalan keluar dari semua ini

biar orang lain tidak merasa disakiti atas kehadiranku

Suatu hari . . .

terlintas dipikiranku untuk akhiri semua ini

agar semuanya berakhir

kerana aku masih mau berbuat yang lebih baik untuk orang lain


amin..

p/s: nukilan dari (^_^)

zassS

Rindu yang terubat...


Sudah berapa hari aku tak jumpa kau...aku rindu sangat2 kat kau...Aku rindu sangat nak jumpa dan sentuh kau...

Kalaulah kau paham perasaan aku...tak mungkin kau sanggup buat begini kepada aku..aku penat tunggu kau..Kau telah buat mood aku jadi sentimental sepanjang minggu ini...

Aku tak faham kenapa kau tak nak jumpa aku..padahal kau dekat jer dengan aku..Aku tak tahu samada kau yang tak nak jumpa atau aku tidak bernafsu untuk bertemu dengan kau...

Sebelum ini, setiap masa aku jumpa kau..Pagi2 lagi aku jumpa kau...Kau temankan aku bila aku memerlukan kau..Kau banyak tolong aku...Kau selalu buat mood aku ceria setiap hari...Kau sanggup teman aku berjam2 melayan karenah aku...Kau juga sanggup menerima apa sahaja yang aku bagi...

Tapi 3 4 hari ni, sedikit pon tidak ada kemahuan untuk berjumpa...Mood aku pon tak menentu sejak kebelakangan ni gara2 kau..Yang paling menyiksakan, aku juga tak dapat lepaskan nafsu bersama kau..Aku tau, kau saja dapat puaskan aku..Aku juga puas setiap kali aku bersama kau..

Aku tau, kau kadang2 curang dengan aku..padahal aku setia je pada kau..Tapi sebab aku masih waras, aku biarkan kau curang walaupon kau sanggup bersama kawan2 aku...Aku tak kisah...Aku sanggup berkongsi sebab sayang aku, cinta aku, hanya semata2 untuk kau...aku tak dapat berpisah dengan kau..

Aku juga faham, kawan2 aku tak pernah jaga kau seperti aku jaga kau..Kadang2, dibiarkan kau macam tu sahaja..Aku tak suka kau dibiarkan macam tu..tapi aku tak mampu nak halang...Kau jugak yang cari pasal...Kau tetap curang walaupon setiap kali aku menjaga kau dengan baik...Aku sedih..mau jer aku kunci kau supaya kawan2 aku tak sentuh kau lagi...

Hmmm...baru je sat tadi aku berjumpa kau..Aku sentuh kau dengan penuh perasaan dan hampir 1/2 jam aku bersama kau tadi..Aku lepaskan semua nafsu aku setelah hampir 5 hari aku tak jumpa...Akhirnya aku puas dengan kau..Aku baru terasa lega...Macam2 aku makan untuk bagi sakit perot...sampai nasi lemak basi pon aku sanggup makan..Janji perot aku sakit dan dapat berak..Kau lah teman aku selamanya...Mood aku juga kembali pada normal...


p/s: cintailah tandas kita dan jaga kebersihan


(^_^)


zassS

TT & Outing | Putrajaya 22 Feb 2009


Besok aku ngan kawan2 forum photosantai.com akan keluar outing untuk mengambil gambar di Putrajaya sempena "fishing competition at Precinct 8 (Feb 22) ".

Sesiapa yang akan berada di kawasan sekitar tersebut, jom la join kami...

Ada pertandingan memancing hari tu tapi kitaorang pi amek gambar dia orang memancing jer. Event yang dalam plan adalah seperti berikut:

Tempat: Putrajaya
Masa: 8.30pagi (berkumpul depan Masjid Putrajaya)
Aktiviti: Bersarapan, berbincang/ borak2 / shoot aktiviti memancing/ strobis tepi tasik dan lain2)


gambar ini tiada kaitan

(^_^)

zassS

Kemas Rumah

Aku hanya nak tunjuk gambar je.. malas nak taip..sbb korang tengok pon, korang dah tahu...

Rumah bujang.. Sampah tu kawan baik..tido pon kadang2 ngn sampah...muahahaha..

Tp ntah ape kena ngan dak2 umah, jadi rajin tetiba nak kemas rumah..

Sebelum......












Selepas....... =P

wakakakakakaka...sape2 nak datang, mai la...

*gambar pakai kamera phone

zasSS

Yang mana pilihan anda?




Aku baru terbaca pasal rumah tangga Roslim Hashim goyang 3 hari selepas nikah...

Untuk maklumat detail korang tengok kat sini (klik)...

Aku tak mau ngumpat ape2..Tak mau tambah dosa..

Tapi apa yang aku nak tanya ni tiada kaitan di atas...

Aku nak buat survey sebab aku rasa, aku patot tau dan korang semua tahu, dunia sekarang teramat-amat lah teruk dari segi moral anak bangsa kita sendiri..

Persoalannya takde DARA dan takde TERUNA, mana pilihan anda? Pada masa yang sama, yang mana nampak effect lagi besar (nampak teruk) pada pandangan orang awam..

Semoga persoalan ini dapat memberi input yang berguna pada kita semua =)


(^_^)

zassS

Kenapa baju kurung??


Persoalan yang sentiasa bermain di benak fikiran ku semasa aku kecil lagi...

Apesal lah, bila tiba je hari jumaat, kaum Hawa sibuk2 nak pakai baju kurung....

Padahal, kalau hari biasa2, pakaiannya seksi amat maa...sampai semua orang tengok je..

Adakah orang2 sebegini ingin menghormati sebab hari jumaat kaum Adam sibuk ke masjid??

Ataupon, diorang rasa terselamat kalau Kiamat itu berlaku pada hari tersebut?

Dan mungkin juga mereka ingin mengurangkan dosa kepada kaum Adam yang selalu usha keseksian mereka sebab kaum Adam lepas tu nak buat amal, solat jumaat..

Boleh dikatakan sukar nak jumpa melayu seksi pada hari tersebut dan mereka jauh lebih nampak keayuan mengenakan baju traditional..

Sayangnya, cuma hari jumaat..Hari lain, semuanya sama cam cha ya nun alif...

Mengapa wahai kaum Hawa?? Hari lain tak perlu hormat ke??

Sama2 kita terjah...

(^_^)
zassS

Jawapan siapa lebih kejam

Kalau monkeydlulffy cakap wanita = bermasalah, aku lak nak cakap....


Aku suke calculation yang di buat.. kenapa la agak2 nya ada calculation semacam ni...

Sama2 lah kita huraikan...

(^_^)
zassS

Korang rasa???

Korang rasa la di zaman dulu dan sekarang ni, siapa paling kejam, jahat, zalim,....

LELAKI


or


PEREMPUAN


Korang rasa lah, mana satu paling baik dan bagus..



LELAKI


or

PEREMPUAN


zassS

Le tour de'Langkawi 2009

Ni beberapa gambar aku yang hancus sepanjang aku layan LTDL 09..tobat aku kena belajar banyak benda...sakit pinggang sampai leni...adoi la...








BMX extreme dari Mat Dagu









p/s: nest year, akan dibaiki hasil gambar....tak puas hati untuk tahun ni =(

zassS

Kepenatan dan frust..

Aku masih mood period...wakakakakaka..

Aku tak tahu nak buat pe skrg...

tgk screen PC je aku rasa penat...

nak ziarah kawan2 pon, tak sempat sgt...

semalam, seharian aku di dataran merdeka...

Kul 8pagi sampai 5.30 petang..

Kulit dah sunburn...

Hangus dek berjemur tengah panas...

Badan aku lenguh2...

rasa nak mitak sape2 tlg picitkan...

ni semua angkara nak dapat gambar best2...

merangkak, meniarap, memanjat, terbaring, tidur, terkangkang, terbang, semua aku buat..

tapi gambar aku tetap hancus gara2 takde pengalaman shoot sport yg laju mcm Le tour de'Langkawi..

next year, confirm aku repeat lagi untuk baiki gambar2 yang hancus..

ok lah..aku kena kuar gi Subang jap...sape2 yang ada area tu, jom lepak2 minum....

zassS

Sebab ko yang tunjuk!

Sebelum aku pergi tengok wayang esok, ni aku nak cite sket pengalaman aku kat MidValley dalam setahun yang lepas..

Masa tu aku tengah cari client untuk insurans..Aku masa tu aktif betol kuar pi mana2..lagi2 kat shooping complex..bukan untuk kuar dating or shooping mooping..tapi sbb aku nak cari duit...

Aku kuar pagi2 lagi dengan berpakaian kemas..Sbb rezeki di pagi hari ni murah..he he he..Ramai gak orang masa tu kat Mid..Macam2 gaya dan karenah manusia kat Mid ni aku jumpa...

Hampir 2 jam aku melilau, terserempak ngan member lama aku..Boleh dikatakan dia ni dah keje best2 la dan hampir 2 tahun tak jumpa dia..Kami berpeluk dan salam tanda persahabatan erat yang dah lama tak jumpa.. dia ajak aku pi minum dulu sambil borak2 cite lama..

Masa aku tengah minum2 ngan member aku ni tetiba depan aku ada sekumpulan perempuan2 yang comel2 dan seksi minum depan meja kitaorang..Kumpulan ni macam pelancong mat saleh yang pakai baju sengaja nak tunjuk aset2 penting diorang..

Dalam hati aku, ishh, zaman sekarang ni, ape nak jadi ntah...Terbalik tanah melayu ni kang kena bala...tak pasal2, aku pon kena...

Oleh kerana diorang ni seksi yang amat, aku tak melayan kawan aku tu..aku tengok je diorang..Aku geram..rasa nak je gi kat diorang..tp aku pendam dan terus tengok diorg yang seakan2 perasan aku asyik usha je..

Tetiba salah seorang dari diorang sound aku dengan agak kasar, " Ko tengok ape wei???" , sambil menuding jari ke arah aku..Member aku cuak..Sbb semua orang sekeliling tengok kami...tapi aku relaks je sambil memberi senyuman seikhlas hati ku kepada gadis comel yang sound tu...

Air minuman aku dah habis..hanya ada ketulan ais je dalam gelas aku..aku "kerkah" ais tu jadi kecik2..Aku genggam ais tu dalam tangan sambil memerhati gadis tadi yang memakai suar dalam belang2 hitam putih..hati aku terasa sangat geram + marah..Malu ada orang seagama denganku berpakaian seperti ini...

Aku bangun dari tempat aku, pergi ke meja diorang tu..Dengan selamber je, aku terus masukkan ketulan2 ais dalam suar gadis tadi sbb dia duduk nampak suar dalam...

Terus terbangun gadis comel tu sbb terkejut kesejukan ketulan ais tu.. Aku pandang tepat dada dia sambil berkata dengan sopan, "aku pandang tut ko! sebab ape?? sebab ko yang tunjuk!"....

Gadis comel tu dengan muka merah padam, dia tunduk muka ke bawah... kawan2 dia ada yang gelak, ada yang senyap dan terkejut...

Aku sekali lagi tegur dengan baik, " aku pandang korang sebab korang sengaja pakai macam ni..korang pakai camni pon sebab nak tunjuk pada semua orang kan? cube korang pakai baju kurung ke, aku pon tak nak tengok! tak nampak pape! "...tegas aku dan terus blah dari tempat diorang...

Kawan aku tadi tergamam jap dengan kelakuan aku..aku menggeletar gak lah..bukan sebab takut, tapi sbb tak pernah aku buat camtu depan orang...

Aku diam jap sambil minta order air 100+.. aku tengok diorang blah dari tempat td..aku tau diorang muda dari aku.. aku tenang jap selepas minum air 100+..Selang 15minit lepas tu, datang gadis comel tadi ke meja aku..dia bagi note dan terus blah sambil menangis..

Aku terkejut dan tengok gelagat dia..timbul kesian di hati aku ni..Kawan aku cepat2 nak buka note tu...Pisssh! aku tampar tangan kawan aku tu...minah tu bagi kat aku, ko sebok apesal?
Terdiam jap kawan aku tu...muahahhahahha...

Aku bukak la note kecik yang berlipat tu.. "abg, sy minta maaf sebab kurang ajar tadi..terima kasih atas teguran tu..sy tidak pernah ditegur dengan my dad & my mom berpakaian macam ni..sy malu ngan abg.."

Tetiba hati aku cair bila baca note ringkas ape yang dia tulis..Jauh disudut hati aku, berdoa dan berharap semoga dia berubah dan jadi insan yang baik..Aku tau, keberanian dia menulis note ni, jelas menunjukkan dia perlu kasih sayang dan dorongan sesorang...

Yang pasti, aku rindu untuk melihat gadis comel tu..Mungkin dia dah berubah dan jadi insan yang baik...

(^_^)

p/s: rasa2 nak kena ais dalam suar, pakai la cmtu lg..kalau ada org yg berani masukkan ketulan ais tu, aku la tu...wakakakkakaka...

zassS

Jom Keluar Tengok Wayang..

Aku rasa aku dah bosan tahap gaban dah ni..

Sape2 yang nak tengok movie, jom kuar... semalam kuar cite cite upin n ipin.. best gak tu walaupon kartun...

The Pink Panther 2 pon kawan2 aku cakap best...

Sape bagi nama terawal aku belanja..

15hb ni aku kuar pi strobist lagi..

Tarikh : 15/2/09
Tempat : Lake garden KL
Masa : 8 pagi (breakfast nasi lemak di TANGLIN ) - depan Hospital Tanglin atau sebelah sekolah MGS / Masjid Negara. (Lalu depan Bkt Aman pas tu belok kiri pun boleh)

So aku nak tengok wayang besok... Sape2 nak aku belanja, jom la ye..


P/s: sape2 nak jadi model 15hb, boleh jugak ikot aku... Vida, Budak hijau n LifeSaver, korang jadi model botol budu ye...so aku invite korang.. wakakakkakak...


zassS

Dedicate this song to all my friends

Hey there Delilah
What's it like in New York City?
I'm a thousand miles away
But girl, tonight you look so pretty
Yes you do
Times Square can't shine as bright as you
I swear it's true

Hey there Delilah
Don't you worry about the distance
I'm right there if you get lonely
Give this song another listen
Close your eyes
Listen to my voice, it's my disguise
I'm by your side

Oh it's what you do to me
Oh it's what you do to me
Oh it's what you do to me
Oh it's what you do to me
What you do to me

Hey there Delilah
I know times are getting hard
But just believe me, girl
Someday I'll pay the bills with this guitar
We'll have it good
We'll have the life we knew we would
My word is good

Hey there Delilah
I've got so much left to say
If every simple song I wrote to you
Would take your breath away
I'd write it all
Even more in love with me you'd fall
We'd have it all

Oh it's what you do to me
Oh it's what you do to me
Oh it's what you do to me
Oh it's what you do to me

A thousand miles seems pretty far
But they've got planes and trains and cars
I'd walk to you if I had no other way
Our friends would all make fun of us
and we'll just laugh along because we know
That none of them have felt this way
Delilah I can promise you
That by the time we get through
The world will never ever be the same
And you're to blame

Hey there Delilah
You be good and don't you miss me
Two more years and you'll be done with school
And I'll be making history like I do
You'll know it's all because of you
We can do whatever we want to
Hey there Delilah here's to you
This one's for you

Oh it's what you do to me
Oh it's what you do to me
Oh it's what you do to me
Oh it's what you do to me
What you do to me.


p/s: aku dedicate lagu ni kepada semua bloggers untuk bulan Februari..

(^_^)

zassS

Topup Free..

Alkisah masa aku balik rumah tempoh hari...Dalam kul 3 petang camtu la sambil layan Jelita kat TV3 tu...muahahhaha..aku suka gadis dalam tu...Aku, adik2 aku, dan mak aku duk layan je tengok cite tu...Mak aku sambil tu sibuk duk jahit baju tempahan...Ayah aku pi ofis..

Tetiba, tut tut...tut tut... Bunyi sms masuk... Hanphone mak aku bunyi.. Mak aku suh baca.. Aku bukak la sms tu.. rupenya ada Sms bagitau topup RM30...

Mak aku ngan kehairanan, tanya aku.. "Sape Sms?" Aku ckp ler, "tu sms topup RM30... "..

Mak aku, " aik, sape pulak yang rajin topupkan?? dah bape kali dapat free.. bulan ni saje asyik dapat topup je..Sape la bodoh salah hantar topup...ko nak guna ke kredit tu?, tanya mak aku pada aku...

Aku ngan sengih jawab la, "ish, sejak bila ada bf baru ni? kes berat ni..ada orang suka mak la tu..." sambil ketawa dan check balance kredit yang ada rm102.25....bonus sms, 987...

"Ish, dah tua2 ni, takde maknanya nak ada bf2..Ntah sape la yang salah topup... ni ko nak guna tak??" tanya mak aku dengan kereknya sebab topup free..

"takpelah..kredit banyak lagi..simpan je ar..bukannya ada aweks nak tepon pon"..jawab aku tersengih2 tengok gelagat mak aku yang tengah kehairanan...

Aku pon sambung balik sambil tengok Jelita..Mak aku terus membebel dengan orang yang salah topup tu...Pot pet pot pet.....orang perempuan...biasa ar tu...

Malam tu pas makan malam, aku duk kat luar rumah sambil lepak ngan ayah aku...borak punya borak, ayah aku tanya aku..."ada mak ko bising dapat topup?"...

"ada ar..petang tadi..duk bising2 pasal sape ntah yang bodoh salah topup..dah banyak kali orang tu.." jwb aku bersahaja...

Ayah aku tetiba ketawa... pastu aku tanya la dengan muka hairan...kenapa ketawa lak?..

"Ayah la yang topup selama ni.. dah sebulan ayah topupkan"...jawab ayah...

"Lor, mak tak tahu lah selama ni?..." tanya aku..

"Tak, sebab kalau time mak ko suh ayah topup, ayah tak topupkan..tu yang dia tak tahu" jawab ayah aku sambil ketawa lagi...

hahahaha...aku turut ketawa sebab teringat mak aku duk membebel je petang tadi...dah siap ckp bodoh lagi kat orang tu..

Rupa-rupanya ayah aku sendiri yang topupkan..Sampai sekarang mak aku tak tahu lagi..Aku pon pakat2 ngan ayah aku, untuk gilir2 topupkan untuk mak aku..

So mak aku sentiasa dapat topup free dan setiap kali dapat topup mak aku mesti membebel..Tapi setiap kali tu jugak lah adik2 aku "mengepow" kredit mak aku sebab mak aku tak marah..muahahahahaa...

(^_^)

zassS

Berdosakah aku??

Nak story sket pasal kejadian petang semalam..dalam kul 12 tengah hari, kawan aku tanya, "ada gi mane2 tak kejap lagi?..."

aku cakap, "tak...duk umah jer..." sambil aku duk main game dota...

kawan aku, "Kalau camtu, ko tolong repair mesin basuh jap lg kat blok A, boleh? aku nak kuar ar jap lg..."


aku, " hah? blok A? boleh2..", tanpa pikir panjang sebab busy layan game...

kawan aku, " bla..bla..bla...bla..." sedikit penerangan yang dia bagitau apa yg patot aku buat nanti..

Pas habis main game, aku mandi2, solat dan bersiap nak pi blok A.. alamak! hari ni cuti, confirm ramai orang! aku pon mengajak lah rumate aku sorang lagi teman kan aku....tp diorang pon tak nak!!

Ah, takpe ar...aku pegi jelah...terus bawak toolbox untuk repair mesin..

Sampainya aku kat blok A kat bawah tu...aku mula terpikir, biasanya aku naik berdua.. sekarang kena naik sorang-sorang..macam mana ek...malu + segan sangat2 aku rasa...

Blok A ni merupakan blok hostel perempuan..aku kena repair mesin basuh kat blok A...aku try lah masuk dengan mata tunduk kat bawah.. aku cube-cube gak intai...ada orang ke tak..perhh!!! ramai pulak tengah menjemur baju dan baru pas mandi...

Segan masa tu, takyah cite ar... Ada yang baik, terus masuk bilik bila terserempak ngan aku.. Tapi!!!!...... bila aku gi tempat mesin tu, aku terkejut besar! ada 2 orang girl kat tempat yang aku nak repair tengah basuh pinggan mangkuk..

Nak masuk segan, jadi aku tegur " dik, abg nak masuk jap boleh... nak repair mesin"...

Diorang sambil terkejut, " errr err, boleh2..masuk ar..." keluar bunyi loghat sabah!

Aku, " boleh kuar tak dulu jap?" sambil aku tutup mata tak tahan nak tengok!! =P

Diorang, " takpe, abg masuk je repair..." tanpa segan silu mempelawa aku....

Aku, " ohh, boleh ek? ..Ok..."...aku pon masuk tanpa melihat diorang walaupon terpaksa mengadap diorang...

Dalam hati aku, hurm..apesal lah diorang ni taknak blah...dah ler seksi nak mampos! tak malu lak tu..

Confirm, kalau kat luar ni, semua juling mata...paham2 jer ar...hostel pempuan..ngan aku ni, dah tak malu kot...Aku nak repair mesin pon, serba salah..mana tak nya, mata nak tgk mesin, tp kejap2, tertengok diorg... muahahhahaa...aku tak sengaja pon!

Pastu, boleh lak diorg ajak aku berbual...

"Bang, kenapa rambut abg, ada line? cantik ar..kreatif.." tanya salah seorang dari diorang sambil tersenyum...

Aku dengan sipu2nya, " he he he, saje je..nak cube.." sambil tengok gelagat diorang yang boleh dikatakan macam omputih! seksi dan putih! diorang ni orang sabah..lawa2 belaka...

bla..bla...bla..bla...terus berborak sambil aku duk repair walaupon aku tak senang duduk melihat keseksian diorang... aku tak bernafsu pon masa tu...maksud aku, tak tergoda pon...wakakkakaka...

Pastu diorang kuar..aku teruskan kerja aku..baldi pakaian yang Q dah panjang..sbb mesin basuh 1 je ok....

Tetiba, dusssh! bra tercampak kat dalam baldi tepi aku..aku terus tengok, rupenya budak tadi campak bra dia dalam baldi..aiyooo..ada jugak orang macam ni..tak segan langsung...aku plak yang rasa malu...

Persoalannya...berdosa kah aku hari itu??? aku ngak mau melihat tp terpaksa melihat..aku cume tengok yang mula2 jer..sbb yang mula2 orang kata rejeki..miahahahahaha..

Apepon, tu pengalaman aku kat hostel perempuan...Sekadar berkongsi...


(^_^)

zassS

Gambar hasil strobist di Putrajaya

Sebenarnya strobist ni 1st time aku belajar..banyak aku belajar...memang tak tau pape..cara settingnya, penggunaan cahayanya dan alat2 yang perlu ada..

Olehkerana kelengkapan alat2 seperti payung dan flash tak banyak, model tak ramai, jadi, gambar tak banyak yang dapat...kami terpaksa shoot by turn, untuk dapatkan gambar...

Berberapa gambar yang diambil oleh aku dan kawan2...

Aladin dan Genie ( Model Kami)

Group Photo PSDC Members

Lokasi kami di Jambatan Wawasan

Persiapan

Testing pencahayaan

Model kedua

Garangnya model ni

PaAlisya


Bergaya

Gaya Laungan Azan

Keadaan di lokasi

Pemuzik Jalanan

Snap! Snap! Snap!

Bergaya lagi

Gaya Santai

Bergurau Senda

Lompatan

Solat tetap dilaksanakan

Post istimewa =)

Kepada 2 orang ni, moh jadi model untuk aku ye lain kali.. muahahhahaha...


p/s: kepada sesiapa yang teringin jadi model, nanti boleh ler join ye...


zasSS