Harimau Baham Garuda


Tahniah pada Harimau Malaya kerana dengan kesungguhan yang ditunjuk, hasilnya begitu membanggakan..Kemenangan 3-0 jelas membuktikan kita sebenarnya mampu bermain diperingkat dunia..Hasil dan corak permainan yang diajar K.Rajagopal jelas mampu membenam keegoaan pasukan Garuda selama ini yang beranggapan Harimau Malaya hanyalah pasukan yang lemah.

Kemenangan ini juga berpunca dengan kehebatan NorShahrul Idlan Talaha yang bijak mengawal bola..Antara faktornya kerana beliau mengunakan Rayban yang mampu menahan pancaran Laser... kah kah kah...


Gaya seorang Hero


Rayban punca kemenangan

Gambar diatas diambil dari blog lain..Sekadar berkongsi..Tahniah Malaysia!

(^-^)

Anda di mata orang lain



Suatu hari seorang MOTIVATOR terkenal membuka seminarnya dengan cara yang unik.

Sambil memegang wang RM100, dia bertanya kepada hadirin,


"Siapa yang nak duit ini?".


Kelihatan ramai penonton angkat tangan menunjukkan ramai yang minat.


"Saya akan berikan ini kepada salah seorang dari anda , tapi sebelumnya

perkenankanlah saya buat ni dulu."

Dia berdiri mendekati hadirin. Wang itu diramas-ramas dengan tangannya
sehingga renyuk.

Lalu bertanya lagi,


"Siapa yang masih mahu duit ini?"


Jumlah tangan yang mengangkat tak berkurang.


"Baiklah," jawabnya,


"Apa jadinya bila saya melakukan ini?"


Ujarnya sambil menjatuhkan wang itu ke lantai & melenyek-lenyekkan dgn
kasutnya.
Meski masih utuh, kini wang itu jadi amat kotor,lusuh dan amat renyuk.


OK, sekarang masih ada yang berminat?".


Tangan-tangan yang angkat ke atas masih tetap banyak.


"Hadirin sekalian, Anda baru saja menghadapi sebuah pelajaran penting.

Apapun yang terjadi dengan wang ini, anda masih berminat kerana apa yang saya lakukan tidak akan mengurangi nilainya.

Biarpun renyuk,lusuh dan kotor, wang ini tetap bernilai RM100 juga..

Dalam kehidupan ini, kita pernah beberapa kali terjatuh, terkoyak,dan

dipenuhi kotoran akibat keputusan yang kita buat & situasi yang menerpa kita dalam sesuatu keadaan dahulu.


Dalam keadaan seperti itu, kita merasa tak berharga, tak bererti.


Padahal apapun yang telah & akan terjadi, anda tidak pernah akan

kehilangan nilai di mata mereka yang mencintai anda, lebih-lebih lagi di mata Tuhan.

Jadi walau bagaimana kotor pun anda, anda masih mempunyai nilai yang
tersendiri.

Sayangilah diri anda, bertaubat jika membuat dosa, terus berusaha jika

gagal kerana diri kita sebenarnya amat berharga.


Dan jangan terlupa kita adalah makhluk Allah yang di pandang sama,

hanya iman dan takwa yang membezakan kita.


p/s: sumber diambil dari emel yang dikirim


(^_^)

World Cup 2010



Demam bola sepak bermula lagi...now dah nak masuk pusingan 16..aku pun turut demam..sampai nak tulis blog malas jek...pagi2 2.30 pon aku tengok...World Cup 2010 sangat menarik bagi aku...Banyak juga perubahan pemain dari negara2 yang terlibat...Pada tahun ni, aku tidak lah mempunyai pasukan dihati sebab aku lebih suka menonton perlawanan sahaja. World Cup lain dari Liga Perdana Inggeris. Kalau di EPL aku mempunyai pasukan favourite iaitu Arsenal tp di World Cup aku lebih suka melihat pemain2 kulit hitam bermain...sayang apabila Afrika, Nigeria, Cameroon keluar pada pusingan 16..Ghana jer ada peluang..Vote for Ghana!! muahahaha

Pada pusingan ke16 ni kalau dilihat pada perlawanan sebelum ni, kebangkitan kumpulan latin sangat menyerlah untuk World Cup 2010. Uruguay, Paraguay,Mexico, Chile semuanya agak menonjol pada kali ini selain dari Brazil dan Argentina..Walaubagaimanapon, perlawanan pasti lagi menarik pada pusingan ke16 nnt. Pada pusingan 16 nanti, satu2 wakil Asia yang layak adalah Korea Selatan..Boleh lerr bangga walaupon tahu laluannya agak sukar...

Kali ini USA layak pulak masuk pusingan 16... Marah betol aku geng terrorist ni layak...hahaha...Tapi paling best bercerita tentang England yang nyawa2 ikan berjaya ke pusingan seterusnya..kalau tak, dah lama balik macam France..Ramai juga peminat Englanda kat Malaysia nih...Lagi satu aku harap Spain pon kalah..hahaha...

Btw, aku mengharapkan pasukan tak ternama bakal juara pada tahun ini. Jom layan lagu " This Time for Africa"


(^_^)

zaaSSS

Israil Buat Hal lagi






Seperti biasa, semua orang satu dunia tahu pasal Israil Laknaktullah. Hari ini kita digemparkan pula serangan ke atas kapal misi penyelamat Malaysia. Apabila berlaku kepada rakyat negara kita, kita mula hangat memperkatakan isu sebegini. Malah, di ruangan sosial Facebook terutamanya rata2 mengutuk serangan dan perbuatan Israil Laknatullah ni.

Aku mula berfikir, mengapa kita semua bertindak sedemikian. Masing2 bercakap, BOIKOT ISRAIL!!! ISRAIL SUCK!!! dan macam2 lagi perkataan2 mencaci dan mengutuk Israil. Tapi sedarkan kah kita sebenarnya apabila kita hanya bercakap2 sebegitu, ianya tidak ubah umpama percakapan kosong dan itu tidak lebih hanya sekadar mengikut laungan sepertimana dibuat oleh orang2 lain.

Mengapa dan sebab apa?? Kerana kita sebenarnya tidak sedar, selama ini macam mana penderitaan yang di alamai sendiri oleh saudara seagama kita, Palestin. Penderitaan yang dialamai oleh saudara kita itu sudah lama dan ini bukan berlaku hanya semalam!! Jangan hanya kerana berlaku sesuatu kepada rakyat kita semalam, semua orang sibuk nak melaungkan slogan BOIKOT ISRAIL!! Namun, semangat orang ramai mengutuk tindakan Israil ini mungkin tidak lama sebab ia hanya lebih kepada mengikut2 orang lain.

Manakan tidak, kalau betul kita semua ingin mengutuk Israil, mengapa masih ramai diantara kita ada yang bersuka ria, bergembira dan ada juga yang tidak mengambil kisah. Apakah tidak ada sedetik pun di hati kecil kita untuk memohon pertolongan kepada Maha Pencipta kita, ALLAH S.W.T. Berapa ramaikah orang2 kita pergi ke masjid untuk melakukan solat hajat? Berapa ramaikah orang kita, bangun di malam hari untuk memohon kepada ALLAH S.W.T agar saudara kita diselamatkan?? Dan berapa ramaikah orang kita menangis mengenangkan Yahudi semakin kurang ajar menindas Islam??

Di sini, timbul lagi persoalan kepada kita, mengapa kita yang mengaku Islam tetapi tidak mentaati perintah ALLAH S.W.T sibuk mengutuk serangan Israil. Memang benar itu menunjukkan kita masih ada iman yang kecil namun pada hakikatnya mampukan kita melawan musuh ALLAH sekiranya kita tidak berusaha menambahkan iman kita? Tidak malukah kita kepada ALLAH kalau kita meminta pertolongan kepadaNYA tetapi kita tidak menuruti perintanNYA... Apakah kita hanya lebih kepada mengikut2? Jadi sedar lah kita semua, mulai saat ini, pakat2 lah kita ke masjid, tambahkan ilmu dan iman kita. Apabila iman kita kuat, InsyaAllah, kita pasti menang di kemudian hari.

Khususnya kepada golongan muda, pakat2 lah kita memakmurkan rumah ALLAH agar kita semua selamat dan ditambahkan keimanan. Kemajuan sesebuah negara bergantung pada orang2 muda seperti kita sekarang. Jangan lah kita hanya berharap pada golongan tua sahaja memakmurkan masjid.

Al fatihah kepada sesiapa yang terkorban pada serangan tersebut. Mudahan kita semua dapat ambil pengajaran dan iktibar. Jangan la kita jadi golongan yang munafik. Renung2 kan lah...


(^_^)

Perjuangan Islam pasti menang!

Beronline di malam hari di rumah





yahooo...memang syok habis...sejak aku di Raub ni, malam2 memang takde aktiviti sangat.. Lepas solat isyak biasa memang aku dah get ready tidur...tp malam ni, aku dapat online....


Minggu lepas ada kontraktor komputer masuk sekolah..mulanya memang technician sekolah aku taknak amik wireless..aku racun la sket2...dlm kepala dah set, memang aku usaha gak biar wireless sampai ke rumah aku..at least aku ada benda sket nk buat...

Pagi tadi dengan semangatnya pasang ler...Jenuh la jugak nk bagi dapat sbb mcm2 setting, nk cari pot dekat2 rumah lg...tp mujur la techinician aku cemerlang berjaya menyetelkan..Test punyer test, dpt la kat rumah aku, tp dianya rumah tak dapat....miahahhaha...

Ntah masa bila dia ubah pot wireless tu ntah..tau2 malam ni dia ym aku...ceit, dia berjaya mengambil internet tu jugak...Maka sekitar2 rumah aku ni, dapat la wireless free!!

Btw, wireless ni takde la best sgt sbb aku takleh akses youtube, torrent, n ada lg2 la...biasa la...kena sekat...huhu...takpelah, janji dapat blogger n buat keja aku...


p/s : Mood Happy

(^_^)

yesszzaa

Aku nk topup RM30




JOM menang topup RM30.. kebetulan terbaca blog ni, aku terlintas ler nk join..walaupon tak tahu sangat apa maksudnya "Glee"..


so bila tengok gambar tu, aku dapat la idea sket2...Mula2 nak amik gambar aku sendiri tp siapa lak nak amik gambar..jadi aku mengunakan la bebudak nih jadi partner..kalau menang, aku share la topup RM10 sorang...wakakakaka....

Muahahaha..kesian lak aku tengok muka kena conteng2...tapi pe nasib...semangat nk menang....hahaha....ni gambar just utk show je...Gambar sebenar dah email ye Tauke Terompah!

(^_^)
yesszzaa

Menghilang Tanpa Berita

sambutan hari guru


waaa.....lama sungguh aku menghilang...siap private lg...sbb kemalasan yg melanda tu lah jadi aku bosan nk update..lagi2 kemunculan muka buku... sampai forum photography pon aku mls nk on lama....

kalaulah aku tidak mengenali muka buku....pasti blog menjadi pilihan...lama2, baru aku paham, blog n fb sangat berbeda....kepuasannya tidak sama...

bagaimanapon, aku kini terpaksa bekerja mengadap komputer 24 jam..so tiada masalah untuk aku berblog...guys, aku sekarang berada di Raub, di sek ren pamah kulat.. aku masuk kerja kat sini 3hb hari tu..baru je lagi...

So elok ler aku citer sket pasal tempat baru aku ni...Kg Pamah Kulat ni terletak dekat dengan ulu dong, Raub.. kalau sape2 yang lalu Raub, pastu ternampak signbord nak ke Pulau Chekas, Lata Jarum, itulah jalan yg sama nk ke kampung nih...

Lata Jarum memang cantik la...tak tipu...korang leh datang sendiri...dr KL, 2 jam jer....Aku kerja kat Sek Ren Pamah Kulat as kuli batak... alhamdulillah, rumah sewa aku depan sekolah je..Tp rumah kampung je..faham2 je lah....mula2 aku masuk, seram giler...takleh tidur...lagipon rumah tu dah hampir setahun takde penghuni...

Nasib baik rumahnya depan sekolah dan dekat dengan pondok pengawal keselamatan...Setakat hari ni, aku ok je duk kat rumah tu.... =)

Ok la..ada kerja mau sambung....

(^_^)

yeszzaaa

notis x penting




waaaa..... baru hari ni internet ok....gila ar....lepas CNY baru org tu repair internet..sadis betol...dekat 2minngu lebih takde internet....bosan gile...

lepas balik Pulau Pangkor tempoh hari, cek internet, intrenet prob....so tak dpt la nak beralam maya..aku baru je lepas balik kampung sempena CNY...tak sabar nak hupdate ni.....pape pon mo pi mandi jap.... =)

zasSs

Ciko VS Cici

Siapa Ciko? Siapa Cici...Ni lah nama2 kucing aku..kucing ni tak di beli pon..cuma kucing jalanan yang datang ke rumah aku...Sbb kesian, jadi aku belalah...mula2 kucing aku ni kurus, tak aktif, badan berkurap dan sgt kotor..kalau tengok, memang tak menyelerakan...kalau tak, aku dah makan kucing ni...hahahhaa...

Aku saje nak share gelagat 2 ekor kucing yang berlainan bangsa, warna, sifat, lain mak, lain ayah, lain baka, lain umur dan lain2 lagi....Si Cici ni kucing bewarna orange belang2 manakala Si Ciko ni kucing kelabu ( mungkin baka Siam).. Si Cici ni datang awal seminggu dari Si Ciko ke rumah aku...
Dua2 ekor ni, mmg tak tahu dari mana datang..Tapi apa yang menarik, bagaimana 2 jenis bangsa yang berlainan dapat menjadi sefahaman dan bergaul mesra..Walhal mereka tak pernah kenal..kenapa ye?? teka la...ok, jawapannya adalah.... 1 MALAYSIA!!!!..hahahahaha..tak kira apa bangsa, tetap bersatu..cewah..... takdelah....sebenarnya, inilah kuasa ALLAH S.W.T.... =)


Sejak kedatangan 2 ekor anak istimewa ni, memang menghiburkan hati aku dengan gelagat2 dan aksi yang di pamerkan..mmg lawak lah...ok...korang tengok lah sendiri...Aku memang sayang sgt kat Cici n Ciko ni lebih dari awek aku sendiri...hahahahahhahaa....( jangan mare ye...)

Gambar2 tidak menarik sangat..


Photobucket
Ting..perlawanan bermula...

Photobucket
Ciko berjaga-jaga untuk memberi lompatan

Photobucket
yeah..satu terjahan yang dilakukan Ciko

Photobucket
Ciko terus membuli Cici

Photobucket
Yah..Cici cuba memukul kepala Ciko balik..

Photobucket
Dush!!! Tendangan tepat pada kepala Ciko..auwww!

Photobucket
Ciko sekali lagi mebuat lompatan!!

Photobucket
Pergelutan masih hebat!!

Photobucket
Stop!!! Cici surrender...

Hehehe..tu la serba sedikit gelagat anak2 istimewa ni...


enjoy!!

(^_^)


Yesszzzaaa..

Pangkor Island Holiday



Yey, besok pagi aku akan bertolak ke pulau pangkor.. olehkerana aku berada di pahang jadi terpaksalah bertolak di awal jam 7 pagi..Mungkin perjalan besok pagi mengambil masa 5-7 jam.. Semangat berkobar2 rasanya nak pergi..maklum sajalah, tak penah pergi..hehe.. mungkin kepada sesiapa yang pernah pergi, pasti ia pengalaman yang menyeronokkan..

Kali ini, aku pergi bersama keluarga..dan ini adalah percutian pertama untuk tahun 2010..Hmm, agak excited semuanya nak pergi..barang2 semua dah packing siap2...adik2 aku yang bersekolah besok, terpaksa mengambil cuti tahunan la..hahahahaha...

Sebenarnya benda ni tak di rancang pon..tetiba je rasa nak gi..jadi kitorang decide je pergi pangkor...Lagipon sebelum ni, pada bulan 12 tahun lepas, mmg ada perancangan nak pergi pulau tioman..tp sbb ada masalah2 tertentu, jadi tak dpt lah pergi...Pulau tioman dekat je kalau nak banding ngan pangkor dari tempat aku ni...Apepon, aku cuma berharap, next, dapat pergi Tioman pula..

Aku ke sana selama 3 hari 2 mlm... Jadi mungkin tak dpt lah aku nak beronline sbb broadband takde ..huhu..Nnt selepas balik, aku akan berkongsi tempat2 yang menarik dengan snap picture banyak2...

Doakan aku baik2 dan selamat pergi&balik...


(^_^)

Yessszaaa

Kuala Gandah & Deer Land

DSC_1736

Kuala Gandah?? kat mana ek? ha.... ni lah destinasi yang bagus untuk keluarga.. Kuala Gandah merupakan tempat penjagaan gajah2 dan juga merupakan salah satu tempat perlancongan..Baru2 ini, penulis sempat ke sini bersama keluarga...

DSC_1716

Memang menarik kat sini..Untuk ke sini juga tidak lah susah..Sekiranya anda dari highway pantai timur, Kuala Gandah terletak di Lanchang dan anda boleh melalui exit tol Lanchang.. Anda akan mudah melihat signbord menuju ke Kuala Gandah melalu exit Lanchang..mmg tidak jauh dari exit Lanchang ni...kalau tak salah, dlm 15minit dah boleh sampai melalui jalan2 kampung...


DSC_1686


Destinasi di sini mmg boleh menghiburkan para tetamu, lebih2 lagi sesiapa yang duduk di bandar kerana anda akan berada ditempat yang jauh dari kebisingan dan kepanasan di ibu kota.. Kuala Gandah berada di dalam hutan yang mana di diami juga penduduk asli di sekitarnya... Secara tak langsung anda juga boleh melihat perkampungan orang asli...

Gajah2 di sini telah di latih dan semuanya jinak2 belaka..Gajah2 di sini ada yang gajah tempatan, dan juga gajah india... Oh ya, sebelum terlupa, masuk kat sini adalah FREE!!!!!!! jadi jgn lepaskan peluang ni..... anda juga berkesempatan untuk mandi bersama dan naik ke belakang gajah... tetapi untuk mandi dan naik ni, ada masa2 sahaja...pengungjung di benarkan berbuat demikian sebelum jam 4 petang..jadi kalau nak dtg sini, kena lah dtg awal2..hehehe..

Jangan lepaskan peluang ini bersama2 gajah yang mmg comel2...hehe...apa yang dijamin, CONFIRM tak sama macam tengok gajah kat ZOO!!!

DSC_1768

DSC_1819

Selepas anda puas bersama gajah, anda boleh la pergi mengunjung ke Deer Land..Deer Land ni juga tidak jauh dari Taman Gajah...sebelum anda ke Taman Gajah, anda akan nampak simpang ke Deer Land...Untuk pengetahuan korang, kat sini, untuk masuk, dewasa di kenakan cas rm5 manakala kanak2 bawah 12 rm3 dan dan kanak2 bawah 6tahun, FREE!!

DSC_1835

Walaupon dikenakan cas sebanyak itu, adalah BERBALOI kerana anda akan dilayan baik oleh kakitangan pekerja Deer Land...kepada sesiapa yang rasa nak bagi makan rusa2 ni, mmg anda boleh lakukan di sini...kalau dalam hutan, or kat ZOO, mmg u all takde peluang lah...sbb ape?? sbb nak bagi makan rusa2 ni mmg mencabar kalau anda tidak tahu karenah rusa2 ni..kalau anda bertubuh kecil, mmg sng2 je rusa tu pijak2 u all...rusa2 ni rakus bab makan....sampai tak dan tangan..jadi kalau rasa tak pandai bagi makan depan2, anda kenalah bagi makan di luar pagar supaya rusa2 ini tidak memijak kaki2 anda..


DSC_1752

DSC_1867

Di sini terdapat pelbagai spesis rusa antaranya rusa indonesia (kecil2), rusa tempatan ( besar seakan2 lembu) dab ada lagi beberapa spesis yang penulis lupa..ahaks..sorry....Selain rusa, ada pelbagai lagi yang anda boleh dapati di sini...antaranya, kucing hutan, pelbagai spesis burung2, tupai2 comel, ular, beruang, arnab, dan lain2 lagi.. Penulis ada mengambil beberapa gambar...Nak upload semua tak best la..biarlah anda2 semua pon pergi merasai sendiri...lagipon nak upload semua, leceh..hehe...

DSC_1849

DSC_1896

ok la...ni saje untuk Kuala Gandah dan Deer Land...sesiapa yang tiada xtvt tu, welcome ke pahang hujung minggu ini....selamat berhibur....



(^-^)


yessszzaaa.....

Welcome 2010





wow..rasa dah lama sangat dah meninggalkan alam maya ni...hehe..biasala..ada kala hidup ni perlu buat apa yang penting walaupon kita sayang nak tinggal...

1st, aku nak ucap selamat tahun baru warga2 alam maya untuk sahabat2...hahahaha...gile betol aku rasa nak wish gini..confirm aku ketinggalan zaman...takpelah..pedulik apa! mueheheheh...

lagipon aku baru je ada internet sejak move ke pahang....agak lama gak aku menempah line kat sini..biasa la..dalam hutan..payah serba serbi..mujur line tel dah pasang 2 tahun yg lepas..dulu merana jugak nak bersayang masa suka (sms) muehehehehee...Tp tu la malaysia..semakin maju mengikut peredaran zaman sampai cepat rosak budak2 kampung aku ni....erti kata budak2 jakun...

syukur, sbb internet pon da ada..jadi senang la lepas ni...hmm..ape yg korang buat ek 2010 ni..byk sungguh dah aku ketinggalan...adoi..rindu bangat dulu2....takpe..aku rasa tahun ni aku nak share tempat2 yang best aku pegi la...skrg ni aku banyak berjalan je..nama pon dah bukan student kan...hahaha..

tahun makin tahun umur pon meningkat...persoalan yg aku pk mula2 tahun ni, mampu ke aku nak galas tanggungjawab sebagai manusia..rasanya mcm2 nak buat..lepas habis kat Sony ritu, aku mula nak cari keja yg sempoi2 je...yang ada banyak masa..sbb aku tak nak keje byk, gaji byk, tp life aku takde...sbb benda tu semua bosan... rumusannya skrg aku menganggur la...sbb min alif lam alif sin....(malas)

masa keja kat sony, sebulan dua bulan, sonok..byk duit....tp masuk bulan ke3, ayok.....otak jadi tepu, minda makin sempit, jalan tak betol....sbb kehidupan aku dikongkong oleh keja2 yg tak penah habis....duk pk2, baik cari keje yg minat je...mmg keje tu susah kalau cerewet....tp apa leh buat..aku pon termasuk golongan2 yg hampir puluhan ribu menganggur....harharhar....

takpelah..pasti ada keja jugak nnt...hmm..ape ek..utk mul;a2 ni, biar la setakat ni je...nak tulis ape yg terlintas ni mmg byk...tp bawak sabor2 la....


p/S: sape nak ikut aku gi pangkor this week??


yeszzzaaa......


(^_^)