Kuala Gandah & Deer Land

DSC_1736

Kuala Gandah?? kat mana ek? ha.... ni lah destinasi yang bagus untuk keluarga.. Kuala Gandah merupakan tempat penjagaan gajah2 dan juga merupakan salah satu tempat perlancongan..Baru2 ini, penulis sempat ke sini bersama keluarga...

DSC_1716

Memang menarik kat sini..Untuk ke sini juga tidak lah susah..Sekiranya anda dari highway pantai timur, Kuala Gandah terletak di Lanchang dan anda boleh melalui exit tol Lanchang.. Anda akan mudah melihat signbord menuju ke Kuala Gandah melalu exit Lanchang..mmg tidak jauh dari exit Lanchang ni...kalau tak salah, dlm 15minit dah boleh sampai melalui jalan2 kampung...


DSC_1686


Destinasi di sini mmg boleh menghiburkan para tetamu, lebih2 lagi sesiapa yang duduk di bandar kerana anda akan berada ditempat yang jauh dari kebisingan dan kepanasan di ibu kota.. Kuala Gandah berada di dalam hutan yang mana di diami juga penduduk asli di sekitarnya... Secara tak langsung anda juga boleh melihat perkampungan orang asli...

Gajah2 di sini telah di latih dan semuanya jinak2 belaka..Gajah2 di sini ada yang gajah tempatan, dan juga gajah india... Oh ya, sebelum terlupa, masuk kat sini adalah FREE!!!!!!! jadi jgn lepaskan peluang ni..... anda juga berkesempatan untuk mandi bersama dan naik ke belakang gajah... tetapi untuk mandi dan naik ni, ada masa2 sahaja...pengungjung di benarkan berbuat demikian sebelum jam 4 petang..jadi kalau nak dtg sini, kena lah dtg awal2..hehehe..

Jangan lepaskan peluang ini bersama2 gajah yang mmg comel2...hehe...apa yang dijamin, CONFIRM tak sama macam tengok gajah kat ZOO!!!

DSC_1768

DSC_1819

Selepas anda puas bersama gajah, anda boleh la pergi mengunjung ke Deer Land..Deer Land ni juga tidak jauh dari Taman Gajah...sebelum anda ke Taman Gajah, anda akan nampak simpang ke Deer Land...Untuk pengetahuan korang, kat sini, untuk masuk, dewasa di kenakan cas rm5 manakala kanak2 bawah 12 rm3 dan dan kanak2 bawah 6tahun, FREE!!

DSC_1835

Walaupon dikenakan cas sebanyak itu, adalah BERBALOI kerana anda akan dilayan baik oleh kakitangan pekerja Deer Land...kepada sesiapa yang rasa nak bagi makan rusa2 ni, mmg anda boleh lakukan di sini...kalau dalam hutan, or kat ZOO, mmg u all takde peluang lah...sbb ape?? sbb nak bagi makan rusa2 ni mmg mencabar kalau anda tidak tahu karenah rusa2 ni..kalau anda bertubuh kecil, mmg sng2 je rusa tu pijak2 u all...rusa2 ni rakus bab makan....sampai tak dan tangan..jadi kalau rasa tak pandai bagi makan depan2, anda kenalah bagi makan di luar pagar supaya rusa2 ini tidak memijak kaki2 anda..


DSC_1752

DSC_1867

Di sini terdapat pelbagai spesis rusa antaranya rusa indonesia (kecil2), rusa tempatan ( besar seakan2 lembu) dab ada lagi beberapa spesis yang penulis lupa..ahaks..sorry....Selain rusa, ada pelbagai lagi yang anda boleh dapati di sini...antaranya, kucing hutan, pelbagai spesis burung2, tupai2 comel, ular, beruang, arnab, dan lain2 lagi.. Penulis ada mengambil beberapa gambar...Nak upload semua tak best la..biarlah anda2 semua pon pergi merasai sendiri...lagipon nak upload semua, leceh..hehe...

DSC_1849

DSC_1896

ok la...ni saje untuk Kuala Gandah dan Deer Land...sesiapa yang tiada xtvt tu, welcome ke pahang hujung minggu ini....selamat berhibur....



(^-^)


yessszzaaa.....

9 pengkritik tak diundang:

baincardin said...

chop! ^_^`

waaahhh...bestlaaa bagi binatang semua tu makan. ko tak bagi gajah tu makan ke apisz?

ann frendly said...

wow.. cantik2 betul gambar yg diambil.. teringin nak pergi.. tapi jauh ler~~lala~~

She is a Bubble Machine said...

wowww trunk gajah tu ada spotted kecil. comel gila. is it natural?

apisz said...

bain ----> mmg boleh bagi...ada je makanan depan dia...


anna ---> jauh ek? hehe..kalau ada rezeki, dtg la.... =)

arnie ----> spot tu la yg menunjukkan usia gajah..semakin byk spot tu, makin berusia gajah tersebut... =)

Ena said...

Cantekkk la piccas kat sini..
ngerinyerr tgk gajah tuw.. raser sy cam semut jer duk kat situw.. hu3..

apisz said...

Ena ---> biase2 jek... meh la dtg pahang..heee... thanks lawati blog ni...

Lifesaver said...

ko boleh jadi pemandu pelancong x?haha

apisz said...

Lifesaver ---> utk mu senget, pasti boleh...hahahaha

baincardin said...

ooo...baru aku tau. spot kat gajah tu melambangkan usianya upenya...