Kelantan Vs N9

hmm..aku kembali..hehe....

Agak2 sape la menang ye.....aku sokong n9...hahaha....

kita tgk je la ye..aku dah beli 3 jersi Klate.....pagi2 lg aku gi bukit jalil...terekejut gile..penuh lautan merah.....Klate dah menang penyokong...


apepon, kita tunggu mlm ni.........


Ramalan Jurulatih mengenai FINAL PIALA MALAYSIA

Jurulatih Perlis, Irfan Bakti Abu Salim.

"Saya rasa kalau mana-mana pasukan menang pun mereka hanya akan mencatat kemenangan tipis mungkin 2-1 atau 1-0 tetapi saya berat kepada Negeri Sembilan kerana mereka mempunyai kekuatan yang sempurna di setiap posisi," katanya.

Jurulatih Pahang, Dollah Salleh menggangap kekuatan kedua-dua pasukan ialah 50-50 dengan Negeri Sembilan dilihat utuh dari setiap posisi manakala Kelantan akan bergantung kepada sokongan padu penyokong mereka.

Jurulatih KM Naza, Mohd. Nizam Adha Yusof pula memilih Kelantan akan muncul sebagai juara dengan jaringan 2-1, ia berdasarkan semangat juang dan kepakaran B. Sathianathan dalam merancang taktikal permainan.

Sementara itu, Jurulatih KL PLUS, Mat Zan Mat Aris pula berkata: "Saya memilih Negeri Sembilan akan muncul juara dengan jaringan 2-1, mereka mempunyai kekuatan yang stabil di setiap posisi berbanding Kelantan yang hanya mengharapkan sokongan padu peminat mereka."

Bagi pengendali Kuala Lumpur, Razip Ismail, kedua-dua pasukan dianggapnya mempunyai peluang seimbang tetapi kelebihan milik Negeri Sembilan kerana mempunyai ramai bekas dan pemain kebangsaan.

Dalam pada itu, Jurulatih Selangor, K. Devan memilih Kelantan akan muncul sebagai juara berikutan mereka mempunyai pemain seperti Norfarhan Mohamad dan Indra Putra Mahayuddin yang mampu untuk menentukan perlawanan.

Mohd. Azraai Khor Abdullah, yang kini menjadi Jurulatih Harimau Muda juga meramalkan Kelantan akan memenangi perlawanan esok, kerana memiliki gandingan serangan yang mantap terutamanya Indra, Khalid Jamlus, Norfarhan dan juga Che Hishamuddin Hassan.

"Negeri Sembilan pula dilihat hanya mengharapkan kepada kemampuan Zaquan Adha Abd. Radzak," kata bekas jurulatih Kedah itu.

Jurulatih Johor FC, Ramlan Rashid pula memilih Negeri Sembilan kerana pasukan itu sentiasa konsisten sepanjang saingan peringkat kumpulan.

"Bagaimanapun kedua-dua pasukan berjaya mencapai tahap prestasi pada masa yang tepat," katanya yang meramalkan Negeri Sembilan menang 2-1.

5 pengkritik tak diundang:

eliza said...

selamat kembali...hohoho

zaradgreat said...

aku tak sokong mana2.
tapi aku berharap tade lah rusuhan lagi
ohohohoh

apisz said...

sedih....bukan sbb kalah..tp ada segelintir penyokong rakyat klate yg masih kekampungan..penuh emosi...

Shemmi said...

aku x tgk pun.. x minat..yg aku taw kelantan kalah...

hahaha...bakar tak jersi kelate mu tuh?

kui3...

*seperti biasa..emosi penyokong kelate selalu saje rebah di tepi pagar besi stadium...

jgn mare...^_^

Anonymous said...

selamat kembali...hohoho