Israil Buat Hal lagi






Seperti biasa, semua orang satu dunia tahu pasal Israil Laknaktullah. Hari ini kita digemparkan pula serangan ke atas kapal misi penyelamat Malaysia. Apabila berlaku kepada rakyat negara kita, kita mula hangat memperkatakan isu sebegini. Malah, di ruangan sosial Facebook terutamanya rata2 mengutuk serangan dan perbuatan Israil Laknatullah ni.

Aku mula berfikir, mengapa kita semua bertindak sedemikian. Masing2 bercakap, BOIKOT ISRAIL!!! ISRAIL SUCK!!! dan macam2 lagi perkataan2 mencaci dan mengutuk Israil. Tapi sedarkan kah kita sebenarnya apabila kita hanya bercakap2 sebegitu, ianya tidak ubah umpama percakapan kosong dan itu tidak lebih hanya sekadar mengikut laungan sepertimana dibuat oleh orang2 lain.

Mengapa dan sebab apa?? Kerana kita sebenarnya tidak sedar, selama ini macam mana penderitaan yang di alamai sendiri oleh saudara seagama kita, Palestin. Penderitaan yang dialamai oleh saudara kita itu sudah lama dan ini bukan berlaku hanya semalam!! Jangan hanya kerana berlaku sesuatu kepada rakyat kita semalam, semua orang sibuk nak melaungkan slogan BOIKOT ISRAIL!! Namun, semangat orang ramai mengutuk tindakan Israil ini mungkin tidak lama sebab ia hanya lebih kepada mengikut2 orang lain.

Manakan tidak, kalau betul kita semua ingin mengutuk Israil, mengapa masih ramai diantara kita ada yang bersuka ria, bergembira dan ada juga yang tidak mengambil kisah. Apakah tidak ada sedetik pun di hati kecil kita untuk memohon pertolongan kepada Maha Pencipta kita, ALLAH S.W.T. Berapa ramaikah orang2 kita pergi ke masjid untuk melakukan solat hajat? Berapa ramaikah orang kita, bangun di malam hari untuk memohon kepada ALLAH S.W.T agar saudara kita diselamatkan?? Dan berapa ramaikah orang kita menangis mengenangkan Yahudi semakin kurang ajar menindas Islam??

Di sini, timbul lagi persoalan kepada kita, mengapa kita yang mengaku Islam tetapi tidak mentaati perintah ALLAH S.W.T sibuk mengutuk serangan Israil. Memang benar itu menunjukkan kita masih ada iman yang kecil namun pada hakikatnya mampukan kita melawan musuh ALLAH sekiranya kita tidak berusaha menambahkan iman kita? Tidak malukah kita kepada ALLAH kalau kita meminta pertolongan kepadaNYA tetapi kita tidak menuruti perintanNYA... Apakah kita hanya lebih kepada mengikut2? Jadi sedar lah kita semua, mulai saat ini, pakat2 lah kita ke masjid, tambahkan ilmu dan iman kita. Apabila iman kita kuat, InsyaAllah, kita pasti menang di kemudian hari.

Khususnya kepada golongan muda, pakat2 lah kita memakmurkan rumah ALLAH agar kita semua selamat dan ditambahkan keimanan. Kemajuan sesebuah negara bergantung pada orang2 muda seperti kita sekarang. Jangan lah kita hanya berharap pada golongan tua sahaja memakmurkan masjid.

Al fatihah kepada sesiapa yang terkorban pada serangan tersebut. Mudahan kita semua dapat ambil pengajaran dan iktibar. Jangan la kita jadi golongan yang munafik. Renung2 kan lah...


(^_^)

Perjuangan Islam pasti menang!

2 pengkritik tak diundang:

baincardin said...

salam Apisz.
berdoalah kita semua sentiasa semoga Allah beri yg sangat terbaik untuk saudara Islam kita di Palestine, atau di mana2 sahaja di dunia ini samada yg tertindas ataupun tidak, samada yg sudah pergi selamanya ataupun yg masih hidup, samada umat2 Islam terdahulu, sekarang dan juga pada masa depan, sehinggalah hari kiamat. Amin..amin...amin.......

*aku skang pakai no. 013 punya. kalo ada apa2, email aku k.

baincardin said...

Salam...

Aminkan Doa Imam Masjidil Haram