Petua Menghadapi Suasana “Frust Bercinta” Daripada Al-Quran

Seseorang yang “putus cinta” biasanya akan menghadapi tekanan emosi yang mendalam. Ada yang termenung dan terkenang si dia yang telah pergi. Ada pula yang menangis kesedihan di tengah malam sunyi.

Hati pasti tidak akan tenteram, ingatan silam pasti akan kembali, kesedihan atau kemarahan akan datang membayangi. Sesetengah orang mengambil masa bertahun-tahun untuk melupakan kisah cinta bersama si dia, ada pula mungkin sekadar sebulan dua. Masing-masing mempunyai jangka waktu “recover” yang berbeza mengikut kekuatan jiwa masing-masing.

Yang pasti, hati akan resah gelisah. Pelajaran seorang pelajar akan mundur, produktiviti seorang pekerja akan menurun. Seluruh aktiviti kehidupan akan terganggu. Namun yang paling malang, apabila hati kecil mula mempersoal ketentuan tuhan kerana tidak dapat menerima kenyataan perpisahan. Semua ini akan terus menghantui diri selagi hati masih tidak tenteram.

Terdapat satu penawar yang mujarab untuk mententeramkan hati. Firman Allah di dalam surah Ar-R’ad ayat 28, “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.”

Zikrullah bermaksud mengingati Allah. Membaca Al-Quran juga termasuk zikrullah kerana salah satu nama bagi Al-Quran adalah Adz-Zikr. Dengan membaca Al-Quran dan menghayati maksud-masud ayat, seseorang itu sedang berzikir kepada Allah.

Selain membaca Al-Quran, seseorang itu juga boleh mengucapkan tasbih, tahmid, tahlil atau takbir. Zikir-zikir ini lebih ringkas dan mudah dilakukan secara berterusan di kebanyakkan keadaan dan tempat, sama ada secara lisan atau di dalam hati. Namun menurut Imam Nawawi di dalam Al-Azkar, zikir adalah lebih utama dilakukan dengan hati dan lisan, kedua-duanya sekali.

Jabir Bin Abdullah meriwayatkan bahawa Rasulullah pernah berkata, “zikir yang paling utama adalah lailahailallah (tiada tuhan selain Allah) dan sebaik-baik doa adalah mengucapkan alhamdulillah (segala pujian bagi Allah).”[1] Menurut Imam Tirmizi hadith ini berstatus hassan gharib.

Menurut rekod Imam Bukhari, nabi telah menyatakan, “Ada dua kalimat yang paling disukai Yang Maha Pengasih. Sangat mudah diucapkan tetapi sangat berat dalam timbangan. Kedua-dua kalimat itu adalah subhanallah wa bihamdihi dan subhanallah hil azim [2] Kedua-dua kalimat ini membawa maksud ‘Maha suci Allah dan segala pujian kepadaNya’ dan ‘Maha suci Allah yang Maha Besar.’ Di dalam riwayat lain diceritakan, sesiapa yang membaca hamdi.jpg 100 kali sehari, maka semua doasanya diampunkan oleh Allah, meski pun sebanyak buih di lautan.[3]

Jika disenaraikan jenis-jenis zikir, artikel ini akan menjadi begitu panjang sehingga mungkin terbentuk laman web baru yang mengkhususkan tentang zikir. Namun, memadailah seperti apa yang telah dipaparkan sebagai amalan.

Perbanyakkan zikir, mudah-mudahan hati menjadi tenteram, InsyaAllah.

Wallahu’alam.

Kemalasan, Kemarahan, Kesengalan

morning...lama gila tak update..sbb..malas..muahahaha...takde masa..kadang2 duk berforum berjam2...sampai makan pon tak hingat...kusyuk melayan forum...balik dari Youth'09 hari tu, blah balik kampung jap...bosan duk KL..3 hari melayan Youth'09..memang penat tahap cipan la..sbb tlg my friend bukak booth...bila ingat Youth'09, marah pon ada...

sbb? sbb bangang lagi tahyul..wakakakkaka..takde ar..bayangkan kalau semua managment out cam *%$#@ so bayangkan lah camne..huru hara time tu...boleh lak booth tu nak main pindah2..bengong ke ape...bukan dekat...jauh seh..nak turun ikut tangga lak tu..banyak barang...sampai bawah, kena berebut2 lak ngan semua orang...tak tahan siap leh gaduh2 cop tempat..sewel betol....hari pertama jual, satu sen tak dpt..huhuhu... mana tak nya..gerai kat hulu dunia di letaknya... marah??? memang marah pon!!! so aku mls pikir dah..harap next year kalau buat, much better than this year la....

Ni lagi satu aku nak marah2..pasal MFI..wakakkakaka...lantak lah..kutuk pon kutuk lah..janji aku puas...same je mengong...muahahaha...bajet sopan ckp mengong....ni kalau aku cite, confirm nama blacksheep kat MFI..hahaha....blacklist ke, kambinghitam ke, aku peduli apa..sbb pe aku mengang kat MFI? panjang gak lah cite...first sekali plg aku geram dan marah, managment ar...tak pandai! ada ke buat rule sesuka hati ubah ikut semester baru! giler ape! berterabur la rules! tak pasal2, aku jadi mangsa kesengalan management MFI..bukan aku jer..member2 aku pon ramai lah..diorg je tak berani nak sembang...wakakkaka..aku lantak pi lah...dah benci giler dah ni....ni kalau aku kutuk lecturer, confirm2 kata aku tak berkat belajar..tp hakikatnya lecturer pon sama je...tp taknak la kutuk lebih2..sendiri mau ingat...

ok lah tu..aku pon malas nak sengal sgt..better cite benda lain..zasss

Jom ramai-ramai pergi Youth'09

What happened in YOUTH'08?

YOUTH'09 is built on the success of YOUTH'08, where 20,000 Malaysian youths gathered over 100 different activities, and RM300,000 worth of cash and prizes.






Kepada sahabat2, jom ramai2 kita pergi Youth'09 di PWTC..ada macam2 di sana..jupa anda di sana..datang singgah ke gerai sy yang akan di buka selama 3 hari...kedatangan anda semua amat dialu-alukan...

Wedding Hidayah and Khairi (Bancit)


1st sekali nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada sahabat sy, along sbb bagi job ni..dan terima kasih jgk kepada team partner sy, Najib kerana banyak membantu shooting kali nih..Tahniah sy ucapkan kepada pasangan pengantin Khairi(Bancit) dan Hidayah kerana telah berjaya menjadi suami isteri..Semoga kalian, terus hidup bahagia sehingga akhir hayat..Pasangan ini melangsungkan perkahwinan di Kg Gemencheh, Negeri Sembilan pada 3hb Jan 2009..shooting dengan pasangan ini sgt mengembirakan kami kerana segala berjalan dengan lancar dan senang..terima kasih atas kerjasama yang diberikan..akhir kata, saya mendoakan khairi dan hidayah, sentiasa bahagia selalu..amen...

















Engagement Ina and Fitri





chinese wedding 22hb Dis 2008 di Bentong






akan di update.. letak gambar dulu...
























Projek Ayam Kampung

.....tgu mlm ni tulis......

yey...aku baru terasa nak tulis..sorry la ek..banyak hal lain kena fikir..oklah..lepas aku berkira2, akhirnya kau dah siap reban ayam yg besar usaha aku sendiri tanpa kuar duit dan pinjaman dari Tekun seprti yang aku berangan2 sebelum nih ...aku habiskan masa 2 hari untuk siapkan reban ayam kampung..aku cuti, terus balik kampung..aku cari kayu-kayu sekitar rumah..masih banyak kayu2 dan zink2 rumah yg elok..2 hari aku buat ngan adik kecik aku serta bantuan dari mak dan ayah aku...

aku lupa nak amik gambar reban yang aku wat..nnt aku amik lah..leh letak kat sini..sebenarnya aku dah bela samapi 30 ekor ayam kampung...tp setiap kali aku balik beraya di Kelantan, ayam2 aku ni mesti hilang samada kena mkn ngan musang, ular sawa, or manusia yang curi..biasalah..kawasan Felda...ramai sangat penagih..tension jgk aku..tp aku rasa pasni aku nak wat betol2 serius bela ayam kampung...

dah siap semua reban ayam ni, aku mula lah nak cari ayam..aku pon, mintak lah ngan buruh ayah aku..'Pau' sekor sorang ngan mat Indon ngan mat Bangla..( mintak bukan curi =P).. adalah dapat dalam 15 ekor ayam betina, sekor jantan...haha..boleh ler..aku bkn kuar duit pon...ayam kampung ni cepat membiak..tp kesian gak kat ayam jantan tu..dia sekor je..letih nak mengawan ngan 15 ekor yang lain...hahaha..lantak ko lah ayam..nnt kalau banyak sgt jantan, asyik bergaduh je...kang luka2, aku gak payah nak jaga..

hopefully, ayam2 aku ni, membiak dengan cepat..nnt, kalau kwn2 yang teringin nak mkn ayam kampung, boleh la aku sembelih..hehehe..aku harap gak, nnt aku leh bela sampai beratus2 ekor..tu mungkin Fasa ke-2..hehe..insyaAllah, pas aku dah habis belajar nnt, aku akan usahakan jadi sebagai satu peluang rezeki projek ayam kampung ni...zassssss!

chow dulu~~~~