Showing posts with label Muhasabah. Show all posts
Showing posts with label Muhasabah. Show all posts

Panduan Memilih Jodoh Daripada Rasulullah

Bagi golongan lelaki, Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikkannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.” [1] Hadith ini telah direkodkan oleh kedua-kedua Imam Bukhari dan Imam Muslim di dalam kitab sahih mereka serta imam hadith yang lain.

Secara terang Rasulullah s.a.w telah mengarahkan agar seorang lelaki memilih wanita yang beragama sebagai isteri serta menjanjikan kebahagiaan ke atas pilihan yang berasaskan agama.

Bagi golongan wanita pula Rasulullah telah mengenakan dua syarat pilihan iaitu hanya menerima lelaki yang beragama dan berakhlak sebagai suami. Ini menunjukkan Islam amat menjaga kebajikan wanita.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Apabila orang yang engkau redha agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah dia, jika tidak kamu lakukan demikian akan berlakulah fitnah di bumi dan kerosakkan yang besar.” [2]

Di dalam riwayat yang lain, menurut Abu Hatim al-Muzani r.a., selepas Rasulullah s.a.w bersabda seperti di atas, lalu para sahabat bertanya, “Ya Rasulullah ! Walaupun dia telah mempunyai isteri?” Lalu Rasulullah s.a.w mengulangi, “Apabila orang yang engkau redha agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah dia!” sebanyak tiga kali. [3]

.

Wallahu’alam.

Petua Menghadapi Suasana “Frust Bercinta” Daripada Al-Quran

Seseorang yang “putus cinta” biasanya akan menghadapi tekanan emosi yang mendalam. Ada yang termenung dan terkenang si dia yang telah pergi. Ada pula yang menangis kesedihan di tengah malam sunyi.

Hati pasti tidak akan tenteram, ingatan silam pasti akan kembali, kesedihan atau kemarahan akan datang membayangi. Sesetengah orang mengambil masa bertahun-tahun untuk melupakan kisah cinta bersama si dia, ada pula mungkin sekadar sebulan dua. Masing-masing mempunyai jangka waktu “recover” yang berbeza mengikut kekuatan jiwa masing-masing.

Yang pasti, hati akan resah gelisah. Pelajaran seorang pelajar akan mundur, produktiviti seorang pekerja akan menurun. Seluruh aktiviti kehidupan akan terganggu. Namun yang paling malang, apabila hati kecil mula mempersoal ketentuan tuhan kerana tidak dapat menerima kenyataan perpisahan. Semua ini akan terus menghantui diri selagi hati masih tidak tenteram.

Terdapat satu penawar yang mujarab untuk mententeramkan hati. Firman Allah di dalam surah Ar-R’ad ayat 28, “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.”

Zikrullah bermaksud mengingati Allah. Membaca Al-Quran juga termasuk zikrullah kerana salah satu nama bagi Al-Quran adalah Adz-Zikr. Dengan membaca Al-Quran dan menghayati maksud-masud ayat, seseorang itu sedang berzikir kepada Allah.

Selain membaca Al-Quran, seseorang itu juga boleh mengucapkan tasbih, tahmid, tahlil atau takbir. Zikir-zikir ini lebih ringkas dan mudah dilakukan secara berterusan di kebanyakkan keadaan dan tempat, sama ada secara lisan atau di dalam hati. Namun menurut Imam Nawawi di dalam Al-Azkar, zikir adalah lebih utama dilakukan dengan hati dan lisan, kedua-duanya sekali.

Jabir Bin Abdullah meriwayatkan bahawa Rasulullah pernah berkata, “zikir yang paling utama adalah lailahailallah (tiada tuhan selain Allah) dan sebaik-baik doa adalah mengucapkan alhamdulillah (segala pujian bagi Allah).”[1] Menurut Imam Tirmizi hadith ini berstatus hassan gharib.

Menurut rekod Imam Bukhari, nabi telah menyatakan, “Ada dua kalimat yang paling disukai Yang Maha Pengasih. Sangat mudah diucapkan tetapi sangat berat dalam timbangan. Kedua-dua kalimat itu adalah subhanallah wa bihamdihi dan subhanallah hil azim [2] Kedua-dua kalimat ini membawa maksud ‘Maha suci Allah dan segala pujian kepadaNya’ dan ‘Maha suci Allah yang Maha Besar.’ Di dalam riwayat lain diceritakan, sesiapa yang membaca hamdi.jpg 100 kali sehari, maka semua doasanya diampunkan oleh Allah, meski pun sebanyak buih di lautan.[3]

Jika disenaraikan jenis-jenis zikir, artikel ini akan menjadi begitu panjang sehingga mungkin terbentuk laman web baru yang mengkhususkan tentang zikir. Namun, memadailah seperti apa yang telah dipaparkan sebagai amalan.

Perbanyakkan zikir, mudah-mudahan hati menjadi tenteram, InsyaAllah.

Wallahu’alam.

Mulianya seorang isteri disisi Allah..

Untuk renungan semua kita sama ada lelaki mau pun wanita.Terutama yang telah pun menjadi suami.....
semoga ianya akan mendatangkn manafaat untuk kita.Insyallah.

Mulianya seorang isteri disisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri
ini pada keluarga, suami dan anak-anak
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri
mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhiratkelak.
Biarlah buruk mana isteri anda,
sayangilah mereka.....

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja
dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia.
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang
tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari.
Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah.
Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. .
sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis
nyawanya.

Satu lagi berita gembira untuk wanita,
Sepanjang dia mengandung
Allah sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap
mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi
Allah beri kelonggaran siksa kubur.
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami
seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala
tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan
terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia
terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.
Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid
atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah keatasnya jua..

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian
Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya,
jadi dia pun memberi pahalanya kepada
suami untuk lepas masuk syurga.
Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan
isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung
terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan
diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik
dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat
Allah agar tidak derhaka denganNya.

Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak
kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir
kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan
wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

(dipetik dari TKO)

Bersyukur ke atas Nikmat

Allah SWT berfirman : “Maka nikmat Tuhan kamu manakah yang kamu dustakan” (Ar-Rahman [55]: 13)

Alhamdulillah, maghrib kelmarin ada kuliah agama di surau Abdul Rahman Auf di seksyen 3..kebetulan tu 1st time aku gi surau situ selepas pindah dari seksyen 2..ceramah ustaz malam tu pasal NIKMAT..

Inilah Fakta tentang Nikmat yang dikurniakan Allah SWT:

"Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih"”. (Ibrahim [14]:7)

Sebenarnya Nikmat ni adalah satu ujian yang diberikan oleh Allah S.W.T pada hamba-hambanya kat dunia ni..dari sini lah Allah s.w.t dapat menguji sejauh mana keimanan seseorang hambanya..Manusia ni sebenarnya seorang yang cepat pelupa..bila dalam keadaan senang, manusia seringkali alpa pada Allah s.w.t tetapi bila di dalam keadaan susah, barulah manusia ingat pada-NYA..tidakkah ini satu penipuan kita terhadap pencipta kita??tidak malukah kita bila di dalam keadaan susah, kita menangis, bersujud, sehinggakan kita lupa untuk makan minum meminta pertolongan dari Allah s.w.t..masa ni, kita menyerahkan sepenuh jiwa dan raga kita untuk mengabdikan diri kita pada-NYA..

Malangnya apabila Allah s.w.t memakbulkan permintaan kita, kita semakin lupa kepada-NYA..daripada cukup sembahyang lima waktu sehari, menjadi 3 atau 2 kali sehari atau terus meninggalkannya..daripada seorang yang selalu berzikir, menjadi terus lupa..kalau dahulunya seorang yang rajin berpuasa, sekarang tidak lagi berpuasa..ah, begitu mudahnya manusia ini melupakan pada Allah s.w.t..Padahal Dia tak pernah lupakan hamba-hambanya..

Sebenarnya, orang-orang seperti ini, adalah golongan orang yang tak mensyukuri nikmat yang Allah s.w.t. Golongan ini diuji oleh Allah s.w.t untuk mengetahui sejauh mana kekuatan iman dalam diri kita..Hanya orang-orang yang kuat saja tabah dalam menjalani ujian Allah s.w.t. Sebagai contoh, kalau dahulu, kita seorang yang kurang berada tetapi pada masa itu kita kuat beribadat, seringkali berpuasa sunat, rajin menderma mengikut kemampuan yang ada dan seorang yang taat pada perintah Allah s.w.t

Olehkerana taatnya kita pada Allah s.w.t, maka dia permurahkan rezeki kita..dari seorang peniaga kecil-kecilan, menjadi seorang usahawan berjaya, dikenali dan kaya raya.. Di sini lah Allah s.w.t menguji sekali lagi hambanya..Kalau kita seorang yang tidak pandai untuk mensyukuri Nikmat yang diberi, nescaya hidup/nikmat yang diberi pada kita tak akan berkekalan..

Akan tetapi, sekiranya kita senantiasa bersyukur dengan Nikmat yang diberi itu, maka Allah s.w.t akan menambahkan lagi rezekinya..begitulah layanan Allah s.w.t pada hamba-hambanya yang bersyukur..penyayangnya Allah s.w.t pada kita semua..

Imam Ghazali pernah berkata, 'Nikmat ini seperti haiwan liar'.. ini bermaksud, kita terpaksa tambat ( mengikat) nikmat tu supaya tak lari ( tak hilang).. mengikat yang dimaksudkan itu adalah bersyukur.. kerana dengan bersyukur saja, nikmat tu akan bertambah dan berkekalan..

kalau nak dihitung mengunakan pengiraan, beginilah caranya:

Bersyukur = Nikmat+Nikmat

Bersyukur+Bersyukur = Nikmat+Nikmat+Nikmat

Bersyukur+Bersyukur+Bersyukur = Nikmat+Nikmat+Nikmat+Nikmat

Bersyukur+Bersyukur+Bersyukur+Bersyukur = Nikmat+Nikmat+Nikmat+Nikmat+Nikmat


Subhannalah!! Begitu banyaknya kalau dihitung secara matematik..betapa penyayang Allah s.w.t pada hambanya yang bersyukur dengan nikmat yang diberikan..



“Dan Dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dari segala apa yang kamu mohonkan kepadanya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghinggakannya. Sesungguhnya manusia itu, sangat lalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah).” (Ibrahim [14]:34)




Ceramah Khutbah Jumaat 31 Oct 08

Hari ni aku pergi solat jumaat di Masjid Seksyen 3, Bandar Baru Bangi..Biasanya aku pergi masjid An Nur tp sbb dah pindah rumah so aku sembahyang kat masjid sini..Ceramah khutbah hari ni menarik perhatian aku di mana Khatib membacakan khutbah mengenai Prasangka Buruk..

"Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka! Kerana sebagian dari prasangka itu adalah dosa. (Al-Hujurat: 12)



Sesetengah manusia menilai orang lain dari luarnya saja dan dari ‘kejauhan’. Lelaki berambut panjang sering disangka jahat. Padahal banyak lelaki berambut pendek dan rapi yang perbuatannya justeru sangat jahat dan menyengsarakan banyak orang. Wanita berdada rata disangka lesbian, atau laki-laki berwajah agak mirip wanita dianggap homo. Padahal mereka tidak melakukan pembedahan, mereka seperti itu sudah kehendak Allah. Sedangkan tingkah laku dan sifat mereka adalah normal, yang wanita berhasrat kepada lelaki, yang lelaki berhasrat kepada wanita.



Maka benarlah segala firman Allah. Sungguh kebanyakan prasangka itu merupakan perbuatan dosa. Karena prasangka, kita menuduh yang tidak-tidak kepada seseorang. Bahkan mungkin kita menyakiti hati orang tersebut dengan perkataan yang jahat yang didengari prasangka kita yang salah. Sesetengah manusia lebih suka menuduh daripada mengenal lebih dekat dan berusaha memahami perihal sesungguhnya.



Lupakah kita, bahawa ada hari pembalasan disana? Jika Anda adalah orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka bicaralah yang baik atau diam sahaja. Banyak manusia yang masuk ke dalam neraka kerana kurang menjaga percakapan.



Kata ‘diam’ dalam bahasa Arab memiliki akar yang sama dengan kata ‘puasa’. Dalam kebiasaan bani Israel juga dikenal puasa dimana seseorang bukan menahan diri dari makan, minum dan hubungan seks. Tetapi puasa dimana seseorang menahan diri dari berkata-kata. Hal ini pernah dilakukan oleh Nabi Zakariya as. dan Sayidah Maryam. Ketika dituduh berzina oleh masyarakat di sekitarnya, Sayidah Maryam memberi isyarat bahawa ia sedang berpuasa dari bicara dan menunjuk kepada Nabi Isa yang sedang dikandungnya supaya mereka bertanya saja kepada bayinya itu agar menjelaskan perihal sesungguhnya.



Mengklarifikasi dengan cara yang kurang bijaksana terkadang membuat seseorang merasa dihina. Tetapi klarifikasi lebih baik daripada Anda berprasangka buruk. Sayangnya, sebahagian kita bertanya bukan untuk meminta penjelasan melainkan untuk mengejek atau memaksa orang tersebut untuk membenarkan prasangka kita. Wallahu a’lam"


Sekadar renungan kita bersama...