i miss my blog!!





Waaaa...berhabuk dah blog ni...lama gile x tgk...mana ntah mood nak menulis pergi..sejak internet jarang2 ada mmg malas nak bukak..sejak fb semakin meluas, blog pon jarang nak tengok2..

Now blog ni akan aktif untuk tujuan menjual barang2 sukan..Miss my blog!!!

Harimau Baham Garuda


Tahniah pada Harimau Malaya kerana dengan kesungguhan yang ditunjuk, hasilnya begitu membanggakan..Kemenangan 3-0 jelas membuktikan kita sebenarnya mampu bermain diperingkat dunia..Hasil dan corak permainan yang diajar K.Rajagopal jelas mampu membenam keegoaan pasukan Garuda selama ini yang beranggapan Harimau Malaya hanyalah pasukan yang lemah.

Kemenangan ini juga berpunca dengan kehebatan NorShahrul Idlan Talaha yang bijak mengawal bola..Antara faktornya kerana beliau mengunakan Rayban yang mampu menahan pancaran Laser... kah kah kah...


Gaya seorang Hero


Rayban punca kemenangan

Gambar diatas diambil dari blog lain..Sekadar berkongsi..Tahniah Malaysia!

(^-^)

Anda di mata orang lain



Suatu hari seorang MOTIVATOR terkenal membuka seminarnya dengan cara yang unik.

Sambil memegang wang RM100, dia bertanya kepada hadirin,


"Siapa yang nak duit ini?".


Kelihatan ramai penonton angkat tangan menunjukkan ramai yang minat.


"Saya akan berikan ini kepada salah seorang dari anda , tapi sebelumnya

perkenankanlah saya buat ni dulu."

Dia berdiri mendekati hadirin. Wang itu diramas-ramas dengan tangannya
sehingga renyuk.

Lalu bertanya lagi,


"Siapa yang masih mahu duit ini?"


Jumlah tangan yang mengangkat tak berkurang.


"Baiklah," jawabnya,


"Apa jadinya bila saya melakukan ini?"


Ujarnya sambil menjatuhkan wang itu ke lantai & melenyek-lenyekkan dgn
kasutnya.
Meski masih utuh, kini wang itu jadi amat kotor,lusuh dan amat renyuk.


OK, sekarang masih ada yang berminat?".


Tangan-tangan yang angkat ke atas masih tetap banyak.


"Hadirin sekalian, Anda baru saja menghadapi sebuah pelajaran penting.

Apapun yang terjadi dengan wang ini, anda masih berminat kerana apa yang saya lakukan tidak akan mengurangi nilainya.

Biarpun renyuk,lusuh dan kotor, wang ini tetap bernilai RM100 juga..

Dalam kehidupan ini, kita pernah beberapa kali terjatuh, terkoyak,dan

dipenuhi kotoran akibat keputusan yang kita buat & situasi yang menerpa kita dalam sesuatu keadaan dahulu.


Dalam keadaan seperti itu, kita merasa tak berharga, tak bererti.


Padahal apapun yang telah & akan terjadi, anda tidak pernah akan

kehilangan nilai di mata mereka yang mencintai anda, lebih-lebih lagi di mata Tuhan.

Jadi walau bagaimana kotor pun anda, anda masih mempunyai nilai yang
tersendiri.

Sayangilah diri anda, bertaubat jika membuat dosa, terus berusaha jika

gagal kerana diri kita sebenarnya amat berharga.


Dan jangan terlupa kita adalah makhluk Allah yang di pandang sama,

hanya iman dan takwa yang membezakan kita.


p/s: sumber diambil dari emel yang dikirim


(^_^)

World Cup 2010



Demam bola sepak bermula lagi...now dah nak masuk pusingan 16..aku pun turut demam..sampai nak tulis blog malas jek...pagi2 2.30 pon aku tengok...World Cup 2010 sangat menarik bagi aku...Banyak juga perubahan pemain dari negara2 yang terlibat...Pada tahun ni, aku tidak lah mempunyai pasukan dihati sebab aku lebih suka menonton perlawanan sahaja. World Cup lain dari Liga Perdana Inggeris. Kalau di EPL aku mempunyai pasukan favourite iaitu Arsenal tp di World Cup aku lebih suka melihat pemain2 kulit hitam bermain...sayang apabila Afrika, Nigeria, Cameroon keluar pada pusingan 16..Ghana jer ada peluang..Vote for Ghana!! muahahaha

Pada pusingan ke16 ni kalau dilihat pada perlawanan sebelum ni, kebangkitan kumpulan latin sangat menyerlah untuk World Cup 2010. Uruguay, Paraguay,Mexico, Chile semuanya agak menonjol pada kali ini selain dari Brazil dan Argentina..Walaubagaimanapon, perlawanan pasti lagi menarik pada pusingan ke16 nnt. Pada pusingan 16 nanti, satu2 wakil Asia yang layak adalah Korea Selatan..Boleh lerr bangga walaupon tahu laluannya agak sukar...

Kali ini USA layak pulak masuk pusingan 16... Marah betol aku geng terrorist ni layak...hahaha...Tapi paling best bercerita tentang England yang nyawa2 ikan berjaya ke pusingan seterusnya..kalau tak, dah lama balik macam France..Ramai juga peminat Englanda kat Malaysia nih...Lagi satu aku harap Spain pon kalah..hahaha...

Btw, aku mengharapkan pasukan tak ternama bakal juara pada tahun ini. Jom layan lagu " This Time for Africa"


(^_^)

zaaSSS

Israil Buat Hal lagi






Seperti biasa, semua orang satu dunia tahu pasal Israil Laknaktullah. Hari ini kita digemparkan pula serangan ke atas kapal misi penyelamat Malaysia. Apabila berlaku kepada rakyat negara kita, kita mula hangat memperkatakan isu sebegini. Malah, di ruangan sosial Facebook terutamanya rata2 mengutuk serangan dan perbuatan Israil Laknatullah ni.

Aku mula berfikir, mengapa kita semua bertindak sedemikian. Masing2 bercakap, BOIKOT ISRAIL!!! ISRAIL SUCK!!! dan macam2 lagi perkataan2 mencaci dan mengutuk Israil. Tapi sedarkan kah kita sebenarnya apabila kita hanya bercakap2 sebegitu, ianya tidak ubah umpama percakapan kosong dan itu tidak lebih hanya sekadar mengikut laungan sepertimana dibuat oleh orang2 lain.

Mengapa dan sebab apa?? Kerana kita sebenarnya tidak sedar, selama ini macam mana penderitaan yang di alamai sendiri oleh saudara seagama kita, Palestin. Penderitaan yang dialamai oleh saudara kita itu sudah lama dan ini bukan berlaku hanya semalam!! Jangan hanya kerana berlaku sesuatu kepada rakyat kita semalam, semua orang sibuk nak melaungkan slogan BOIKOT ISRAIL!! Namun, semangat orang ramai mengutuk tindakan Israil ini mungkin tidak lama sebab ia hanya lebih kepada mengikut2 orang lain.

Manakan tidak, kalau betul kita semua ingin mengutuk Israil, mengapa masih ramai diantara kita ada yang bersuka ria, bergembira dan ada juga yang tidak mengambil kisah. Apakah tidak ada sedetik pun di hati kecil kita untuk memohon pertolongan kepada Maha Pencipta kita, ALLAH S.W.T. Berapa ramaikah orang2 kita pergi ke masjid untuk melakukan solat hajat? Berapa ramaikah orang kita, bangun di malam hari untuk memohon kepada ALLAH S.W.T agar saudara kita diselamatkan?? Dan berapa ramaikah orang kita menangis mengenangkan Yahudi semakin kurang ajar menindas Islam??

Di sini, timbul lagi persoalan kepada kita, mengapa kita yang mengaku Islam tetapi tidak mentaati perintah ALLAH S.W.T sibuk mengutuk serangan Israil. Memang benar itu menunjukkan kita masih ada iman yang kecil namun pada hakikatnya mampukan kita melawan musuh ALLAH sekiranya kita tidak berusaha menambahkan iman kita? Tidak malukah kita kepada ALLAH kalau kita meminta pertolongan kepadaNYA tetapi kita tidak menuruti perintanNYA... Apakah kita hanya lebih kepada mengikut2? Jadi sedar lah kita semua, mulai saat ini, pakat2 lah kita ke masjid, tambahkan ilmu dan iman kita. Apabila iman kita kuat, InsyaAllah, kita pasti menang di kemudian hari.

Khususnya kepada golongan muda, pakat2 lah kita memakmurkan rumah ALLAH agar kita semua selamat dan ditambahkan keimanan. Kemajuan sesebuah negara bergantung pada orang2 muda seperti kita sekarang. Jangan lah kita hanya berharap pada golongan tua sahaja memakmurkan masjid.

Al fatihah kepada sesiapa yang terkorban pada serangan tersebut. Mudahan kita semua dapat ambil pengajaran dan iktibar. Jangan la kita jadi golongan yang munafik. Renung2 kan lah...


(^_^)

Perjuangan Islam pasti menang!

Beronline di malam hari di rumah





yahooo...memang syok habis...sejak aku di Raub ni, malam2 memang takde aktiviti sangat.. Lepas solat isyak biasa memang aku dah get ready tidur...tp malam ni, aku dapat online....


Minggu lepas ada kontraktor komputer masuk sekolah..mulanya memang technician sekolah aku taknak amik wireless..aku racun la sket2...dlm kepala dah set, memang aku usaha gak biar wireless sampai ke rumah aku..at least aku ada benda sket nk buat...

Pagi tadi dengan semangatnya pasang ler...Jenuh la jugak nk bagi dapat sbb mcm2 setting, nk cari pot dekat2 rumah lg...tp mujur la techinician aku cemerlang berjaya menyetelkan..Test punyer test, dpt la kat rumah aku, tp dianya rumah tak dapat....miahahhaha...

Ntah masa bila dia ubah pot wireless tu ntah..tau2 malam ni dia ym aku...ceit, dia berjaya mengambil internet tu jugak...Maka sekitar2 rumah aku ni, dapat la wireless free!!

Btw, wireless ni takde la best sgt sbb aku takleh akses youtube, torrent, n ada lg2 la...biasa la...kena sekat...huhu...takpelah, janji dapat blogger n buat keja aku...


p/s : Mood Happy

(^_^)

yesszzaa

Aku nk topup RM30




JOM menang topup RM30.. kebetulan terbaca blog ni, aku terlintas ler nk join..walaupon tak tahu sangat apa maksudnya "Glee"..


so bila tengok gambar tu, aku dapat la idea sket2...Mula2 nak amik gambar aku sendiri tp siapa lak nak amik gambar..jadi aku mengunakan la bebudak nih jadi partner..kalau menang, aku share la topup RM10 sorang...wakakakaka....

Muahahaha..kesian lak aku tengok muka kena conteng2...tapi pe nasib...semangat nk menang....hahaha....ni gambar just utk show je...Gambar sebenar dah email ye Tauke Terompah!

(^_^)
yesszzaa

Menghilang Tanpa Berita

sambutan hari guru


waaa.....lama sungguh aku menghilang...siap private lg...sbb kemalasan yg melanda tu lah jadi aku bosan nk update..lagi2 kemunculan muka buku... sampai forum photography pon aku mls nk on lama....

kalaulah aku tidak mengenali muka buku....pasti blog menjadi pilihan...lama2, baru aku paham, blog n fb sangat berbeda....kepuasannya tidak sama...

bagaimanapon, aku kini terpaksa bekerja mengadap komputer 24 jam..so tiada masalah untuk aku berblog...guys, aku sekarang berada di Raub, di sek ren pamah kulat.. aku masuk kerja kat sini 3hb hari tu..baru je lagi...

So elok ler aku citer sket pasal tempat baru aku ni...Kg Pamah Kulat ni terletak dekat dengan ulu dong, Raub.. kalau sape2 yang lalu Raub, pastu ternampak signbord nak ke Pulau Chekas, Lata Jarum, itulah jalan yg sama nk ke kampung nih...

Lata Jarum memang cantik la...tak tipu...korang leh datang sendiri...dr KL, 2 jam jer....Aku kerja kat Sek Ren Pamah Kulat as kuli batak... alhamdulillah, rumah sewa aku depan sekolah je..Tp rumah kampung je..faham2 je lah....mula2 aku masuk, seram giler...takleh tidur...lagipon rumah tu dah hampir setahun takde penghuni...

Nasib baik rumahnya depan sekolah dan dekat dengan pondok pengawal keselamatan...Setakat hari ni, aku ok je duk kat rumah tu.... =)

Ok la..ada kerja mau sambung....

(^_^)

yeszzaaa

notis x penting




waaaa..... baru hari ni internet ok....gila ar....lepas CNY baru org tu repair internet..sadis betol...dekat 2minngu lebih takde internet....bosan gile...

lepas balik Pulau Pangkor tempoh hari, cek internet, intrenet prob....so tak dpt la nak beralam maya..aku baru je lepas balik kampung sempena CNY...tak sabar nak hupdate ni.....pape pon mo pi mandi jap.... =)

zasSs

Ciko VS Cici

Siapa Ciko? Siapa Cici...Ni lah nama2 kucing aku..kucing ni tak di beli pon..cuma kucing jalanan yang datang ke rumah aku...Sbb kesian, jadi aku belalah...mula2 kucing aku ni kurus, tak aktif, badan berkurap dan sgt kotor..kalau tengok, memang tak menyelerakan...kalau tak, aku dah makan kucing ni...hahahhaa...

Aku saje nak share gelagat 2 ekor kucing yang berlainan bangsa, warna, sifat, lain mak, lain ayah, lain baka, lain umur dan lain2 lagi....Si Cici ni kucing bewarna orange belang2 manakala Si Ciko ni kucing kelabu ( mungkin baka Siam).. Si Cici ni datang awal seminggu dari Si Ciko ke rumah aku...
Dua2 ekor ni, mmg tak tahu dari mana datang..Tapi apa yang menarik, bagaimana 2 jenis bangsa yang berlainan dapat menjadi sefahaman dan bergaul mesra..Walhal mereka tak pernah kenal..kenapa ye?? teka la...ok, jawapannya adalah.... 1 MALAYSIA!!!!..hahahahaha..tak kira apa bangsa, tetap bersatu..cewah..... takdelah....sebenarnya, inilah kuasa ALLAH S.W.T.... =)


Sejak kedatangan 2 ekor anak istimewa ni, memang menghiburkan hati aku dengan gelagat2 dan aksi yang di pamerkan..mmg lawak lah...ok...korang tengok lah sendiri...Aku memang sayang sgt kat Cici n Ciko ni lebih dari awek aku sendiri...hahahahahhahaa....( jangan mare ye...)

Gambar2 tidak menarik sangat..


Photobucket
Ting..perlawanan bermula...

Photobucket
Ciko berjaga-jaga untuk memberi lompatan

Photobucket
yeah..satu terjahan yang dilakukan Ciko

Photobucket
Ciko terus membuli Cici

Photobucket
Yah..Cici cuba memukul kepala Ciko balik..

Photobucket
Dush!!! Tendangan tepat pada kepala Ciko..auwww!

Photobucket
Ciko sekali lagi mebuat lompatan!!

Photobucket
Pergelutan masih hebat!!

Photobucket
Stop!!! Cici surrender...

Hehehe..tu la serba sedikit gelagat anak2 istimewa ni...


enjoy!!

(^_^)


Yesszzzaaa..

Pangkor Island Holiday



Yey, besok pagi aku akan bertolak ke pulau pangkor.. olehkerana aku berada di pahang jadi terpaksalah bertolak di awal jam 7 pagi..Mungkin perjalan besok pagi mengambil masa 5-7 jam.. Semangat berkobar2 rasanya nak pergi..maklum sajalah, tak penah pergi..hehe.. mungkin kepada sesiapa yang pernah pergi, pasti ia pengalaman yang menyeronokkan..

Kali ini, aku pergi bersama keluarga..dan ini adalah percutian pertama untuk tahun 2010..Hmm, agak excited semuanya nak pergi..barang2 semua dah packing siap2...adik2 aku yang bersekolah besok, terpaksa mengambil cuti tahunan la..hahahahaha...

Sebenarnya benda ni tak di rancang pon..tetiba je rasa nak gi..jadi kitorang decide je pergi pangkor...Lagipon sebelum ni, pada bulan 12 tahun lepas, mmg ada perancangan nak pergi pulau tioman..tp sbb ada masalah2 tertentu, jadi tak dpt lah pergi...Pulau tioman dekat je kalau nak banding ngan pangkor dari tempat aku ni...Apepon, aku cuma berharap, next, dapat pergi Tioman pula..

Aku ke sana selama 3 hari 2 mlm... Jadi mungkin tak dpt lah aku nak beronline sbb broadband takde ..huhu..Nnt selepas balik, aku akan berkongsi tempat2 yang menarik dengan snap picture banyak2...

Doakan aku baik2 dan selamat pergi&balik...


(^_^)

Yessszaaa

Kuala Gandah & Deer Land

DSC_1736

Kuala Gandah?? kat mana ek? ha.... ni lah destinasi yang bagus untuk keluarga.. Kuala Gandah merupakan tempat penjagaan gajah2 dan juga merupakan salah satu tempat perlancongan..Baru2 ini, penulis sempat ke sini bersama keluarga...

DSC_1716

Memang menarik kat sini..Untuk ke sini juga tidak lah susah..Sekiranya anda dari highway pantai timur, Kuala Gandah terletak di Lanchang dan anda boleh melalui exit tol Lanchang.. Anda akan mudah melihat signbord menuju ke Kuala Gandah melalu exit Lanchang..mmg tidak jauh dari exit Lanchang ni...kalau tak salah, dlm 15minit dah boleh sampai melalui jalan2 kampung...


DSC_1686


Destinasi di sini mmg boleh menghiburkan para tetamu, lebih2 lagi sesiapa yang duduk di bandar kerana anda akan berada ditempat yang jauh dari kebisingan dan kepanasan di ibu kota.. Kuala Gandah berada di dalam hutan yang mana di diami juga penduduk asli di sekitarnya... Secara tak langsung anda juga boleh melihat perkampungan orang asli...

Gajah2 di sini telah di latih dan semuanya jinak2 belaka..Gajah2 di sini ada yang gajah tempatan, dan juga gajah india... Oh ya, sebelum terlupa, masuk kat sini adalah FREE!!!!!!! jadi jgn lepaskan peluang ni..... anda juga berkesempatan untuk mandi bersama dan naik ke belakang gajah... tetapi untuk mandi dan naik ni, ada masa2 sahaja...pengungjung di benarkan berbuat demikian sebelum jam 4 petang..jadi kalau nak dtg sini, kena lah dtg awal2..hehehe..

Jangan lepaskan peluang ini bersama2 gajah yang mmg comel2...hehe...apa yang dijamin, CONFIRM tak sama macam tengok gajah kat ZOO!!!

DSC_1768

DSC_1819

Selepas anda puas bersama gajah, anda boleh la pergi mengunjung ke Deer Land..Deer Land ni juga tidak jauh dari Taman Gajah...sebelum anda ke Taman Gajah, anda akan nampak simpang ke Deer Land...Untuk pengetahuan korang, kat sini, untuk masuk, dewasa di kenakan cas rm5 manakala kanak2 bawah 12 rm3 dan dan kanak2 bawah 6tahun, FREE!!

DSC_1835

Walaupon dikenakan cas sebanyak itu, adalah BERBALOI kerana anda akan dilayan baik oleh kakitangan pekerja Deer Land...kepada sesiapa yang rasa nak bagi makan rusa2 ni, mmg anda boleh lakukan di sini...kalau dalam hutan, or kat ZOO, mmg u all takde peluang lah...sbb ape?? sbb nak bagi makan rusa2 ni mmg mencabar kalau anda tidak tahu karenah rusa2 ni..kalau anda bertubuh kecil, mmg sng2 je rusa tu pijak2 u all...rusa2 ni rakus bab makan....sampai tak dan tangan..jadi kalau rasa tak pandai bagi makan depan2, anda kenalah bagi makan di luar pagar supaya rusa2 ini tidak memijak kaki2 anda..


DSC_1752

DSC_1867

Di sini terdapat pelbagai spesis rusa antaranya rusa indonesia (kecil2), rusa tempatan ( besar seakan2 lembu) dab ada lagi beberapa spesis yang penulis lupa..ahaks..sorry....Selain rusa, ada pelbagai lagi yang anda boleh dapati di sini...antaranya, kucing hutan, pelbagai spesis burung2, tupai2 comel, ular, beruang, arnab, dan lain2 lagi.. Penulis ada mengambil beberapa gambar...Nak upload semua tak best la..biarlah anda2 semua pon pergi merasai sendiri...lagipon nak upload semua, leceh..hehe...

DSC_1849

DSC_1896

ok la...ni saje untuk Kuala Gandah dan Deer Land...sesiapa yang tiada xtvt tu, welcome ke pahang hujung minggu ini....selamat berhibur....



(^-^)


yessszzaaa.....

Welcome 2010





wow..rasa dah lama sangat dah meninggalkan alam maya ni...hehe..biasala..ada kala hidup ni perlu buat apa yang penting walaupon kita sayang nak tinggal...

1st, aku nak ucap selamat tahun baru warga2 alam maya untuk sahabat2...hahahaha...gile betol aku rasa nak wish gini..confirm aku ketinggalan zaman...takpelah..pedulik apa! mueheheheh...

lagipon aku baru je ada internet sejak move ke pahang....agak lama gak aku menempah line kat sini..biasa la..dalam hutan..payah serba serbi..mujur line tel dah pasang 2 tahun yg lepas..dulu merana jugak nak bersayang masa suka (sms) muehehehehee...Tp tu la malaysia..semakin maju mengikut peredaran zaman sampai cepat rosak budak2 kampung aku ni....erti kata budak2 jakun...

syukur, sbb internet pon da ada..jadi senang la lepas ni...hmm..ape yg korang buat ek 2010 ni..byk sungguh dah aku ketinggalan...adoi..rindu bangat dulu2....takpe..aku rasa tahun ni aku nak share tempat2 yang best aku pegi la...skrg ni aku banyak berjalan je..nama pon dah bukan student kan...hahaha..

tahun makin tahun umur pon meningkat...persoalan yg aku pk mula2 tahun ni, mampu ke aku nak galas tanggungjawab sebagai manusia..rasanya mcm2 nak buat..lepas habis kat Sony ritu, aku mula nak cari keja yg sempoi2 je...yang ada banyak masa..sbb aku tak nak keje byk, gaji byk, tp life aku takde...sbb benda tu semua bosan... rumusannya skrg aku menganggur la...sbb min alif lam alif sin....(malas)

masa keja kat sony, sebulan dua bulan, sonok..byk duit....tp masuk bulan ke3, ayok.....otak jadi tepu, minda makin sempit, jalan tak betol....sbb kehidupan aku dikongkong oleh keja2 yg tak penah habis....duk pk2, baik cari keje yg minat je...mmg keje tu susah kalau cerewet....tp apa leh buat..aku pon termasuk golongan2 yg hampir puluhan ribu menganggur....harharhar....

takpelah..pasti ada keja jugak nnt...hmm..ape ek..utk mul;a2 ni, biar la setakat ni je...nak tulis ape yg terlintas ni mmg byk...tp bawak sabor2 la....


p/S: sape nak ikut aku gi pangkor this week??


yeszzzaaa......


(^_^)

Mau RelaxS!!!




Hari ni tak berapa sihat sgt....semalam kul 8 aku dah kiok atas katil..terus lena pas mkn ubat...mau main bowling pon tak jadi semalam...hari ni mcm byk lak keja nak kena buat...huhu..pening...

aku amik mc hari ni..mls nak gi keje sony..rasa muak je tgk kilang..haha..pagi2 ni aku nak settle pe yang patot..sbb nnt aku nak gi pejabat felda...submit resume...aku rasa nak keje felda je..cam bapak aku..huhu...biar lah dlm hutan...tp aku rasa selesa nak compare duk bandar..rimas amat duk bandar...

Dulu2 mmg enjoy duk bandar..semua nak, ada....tp skrg, semua tu tak penting...yang penting kerja relaks dan tak sakit kepala...dulu rasanya bangi takde lah seteruk skrg...dulu senang je nak ke mana..takde la jem terus sgt..

skrg nak kuar keje kul 8, mati la..jem giler...so kena la kuar keje kul 6...hari2 kul 6 pg-6ptg...otak leh jadi tepu....arrghh..rasa mau enjoy jugak...tp cam susah je kalau hari2 keje mcm ni...

hmm..nak balik kampungggggg!!!

Kelantan Vs N9

hmm..aku kembali..hehe....

Agak2 sape la menang ye.....aku sokong n9...hahaha....

kita tgk je la ye..aku dah beli 3 jersi Klate.....pagi2 lg aku gi bukit jalil...terekejut gile..penuh lautan merah.....Klate dah menang penyokong...


apepon, kita tunggu mlm ni.........


Ramalan Jurulatih mengenai FINAL PIALA MALAYSIA

Jurulatih Perlis, Irfan Bakti Abu Salim.

"Saya rasa kalau mana-mana pasukan menang pun mereka hanya akan mencatat kemenangan tipis mungkin 2-1 atau 1-0 tetapi saya berat kepada Negeri Sembilan kerana mereka mempunyai kekuatan yang sempurna di setiap posisi," katanya.

Jurulatih Pahang, Dollah Salleh menggangap kekuatan kedua-dua pasukan ialah 50-50 dengan Negeri Sembilan dilihat utuh dari setiap posisi manakala Kelantan akan bergantung kepada sokongan padu penyokong mereka.

Jurulatih KM Naza, Mohd. Nizam Adha Yusof pula memilih Kelantan akan muncul sebagai juara dengan jaringan 2-1, ia berdasarkan semangat juang dan kepakaran B. Sathianathan dalam merancang taktikal permainan.

Sementara itu, Jurulatih KL PLUS, Mat Zan Mat Aris pula berkata: "Saya memilih Negeri Sembilan akan muncul juara dengan jaringan 2-1, mereka mempunyai kekuatan yang stabil di setiap posisi berbanding Kelantan yang hanya mengharapkan sokongan padu peminat mereka."

Bagi pengendali Kuala Lumpur, Razip Ismail, kedua-dua pasukan dianggapnya mempunyai peluang seimbang tetapi kelebihan milik Negeri Sembilan kerana mempunyai ramai bekas dan pemain kebangsaan.

Dalam pada itu, Jurulatih Selangor, K. Devan memilih Kelantan akan muncul sebagai juara berikutan mereka mempunyai pemain seperti Norfarhan Mohamad dan Indra Putra Mahayuddin yang mampu untuk menentukan perlawanan.

Mohd. Azraai Khor Abdullah, yang kini menjadi Jurulatih Harimau Muda juga meramalkan Kelantan akan memenangi perlawanan esok, kerana memiliki gandingan serangan yang mantap terutamanya Indra, Khalid Jamlus, Norfarhan dan juga Che Hishamuddin Hassan.

"Negeri Sembilan pula dilihat hanya mengharapkan kepada kemampuan Zaquan Adha Abd. Radzak," kata bekas jurulatih Kedah itu.

Jurulatih Johor FC, Ramlan Rashid pula memilih Negeri Sembilan kerana pasukan itu sentiasa konsisten sepanjang saingan peringkat kumpulan.

"Bagaimanapun kedua-dua pasukan berjaya mencapai tahap prestasi pada masa yang tepat," katanya yang meramalkan Negeri Sembilan menang 2-1.

Shieful & Aida

Ni kira dah lama jugak jugak tak upload gambar kawen..ni pon wedding bulan 6 hari tu..huhu..Wedding ni berlangsung di Kota Bahru dan juga belah lakinya di Penang...

Tak sangka masa kat Penang ni, pengantin lelaki bagitau tempat dia tu salah satu tempat yang kena sunami..Kampung dia betul2 tepi laut...Memang cantek...Ada bendang padi lagi..tp sayang cuaca tak ok sangat masa tu...

Tahniah kepada pasangan pengantin Shieful dan juga Aida..Semoga berbahagia selalu =)

Shieful & Aida

Shieful & Aida

Shieful & Aida

Shieful & Aida

Shieful & Aida

Shieful & Aida


(^_^)

zassS

Outing Landscape after Subuh

Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin

Location: Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin
Time: 290729H Aug 09
With Ajim & Amyrol

Pagi tadi lepas subuh aku kuar jap..sepatotnya kerja..tp aku monteng...hahaha..malas lah nak kerja hari sabtu...aku masuk halfday je lah hari ni...

Ni gambar yang aku dpat dan aku try buat HDR mcm bain selalu buat..tp aku tak power pon..sbb baru nak belajar...huhu..dah tau lama..tp ni baru nak buat..sbb sebelum ni tak minat sgt...Harap Bain dpt ajar aku lagi...betol tak bain?? hehe...

Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin


(^_^)

zasSS

Bosan-bosan

Aku baru je balik dari putrajaya..subuh td aku kuar untuk shoot gambar..bertemankan sahabat aku, amyrol..tp hampeh lah..cuaca tak mengizinkan untuk shoot...jadi tak dpat la shoot...huhu..punya lah semangat aku nak petik shutter kamera aku yang dah lama tak usik..

Aku balik dengan hampa...hukhuk..masa balik tu, aku singgah jap la kat Tasik Cempaka, Bangi.. Aku shoot la jugak burung2 kat tepi tasik tu..dapat lajugak..hehe...AKu tidur 2 jam je ni..pagi td aku tgk bola je...

Arsenal, team fav aku kalah..huhu..takpelah...biaselah tu...aku x puas hati pasal ref bagi penalti tu...tak patot pon..masa ashavin jatuh, tak nak plak bagi penalti..ceh! bola bola......

Hari ni aku x gi kerja..sbb nak rest..takde masa nak enjoy bila dah keja..byk xtvt harian aku yg terpaksa ditinggalkan buat sementara...so hari ni biar aku rest sepuas2 nya dan buat apa yg aku suka...semalam kawan aku ckp dia masuk kerja hari ni..perh, kalau pk pasal duit, jeles gak...hahaha..nak je kerja...tp hari ni awek sony tak kerja..hahaha..baik aku takyah kerja lah...x dpt cuci mata pon...muehehehe...

Aku nak upload gambar lah hari ni...gambar2 lama... =) selamat berhujung minggu dan selamat menyambut kemerdekaan kepasa semua rakyat Malaysia...

(^_^)

zassS

Sokmo dimalukan



Setiap hari aku berbuka di kilang je..Aku malas nak kuar gi bazar ramadhan..Penat rasanya nak pusing2...Last2 beli lauk cam sama je rutin harian...ada la hari kedua puasa aku beli kat bazar kat seksyen 3 bangi nih...aku beli lauk ikan masak asam pedas...nampak kuah merah cam sedap je...

Aku dengan bestnya mitak la beli nasi ngan lauk asam pedas...aku buat kuar rm5... sekali tak cukup!!!! korang tau berapa cas untuk nasi ngan lauk asam pedas je? rm7!!!!!! giler! ni menjual ke cekik darah....mcd pon kalah...

Hangin je rasa..bulan2 pose ni jual mahal giler..dah la satu jenis lauk je pon..ikan bukan seekor...suku ekor pon x sampai rasanya...tobat aku dah tak beli dah lepas ni...tu la salah satu sebab nape aku tak nak gi bazar....

Nih aku nak cite masa aku gi warta tadi...aku kuar jap nak cari barang2 yg takde...barang2 laki...hahaha..ingat perempuan je ke... =P ..so aku mc dari terawih td...huhu...lau x, memang takde masa aku nak kuar gi beli....kul 9 aku dah kat warta...pusing2 cari barang jap..lepas dah beli semua, aku cari makanan untuk sahur...

Masa ngah nak beli air soya kotak, aku terpandang kat sorang minah nih..aku mcm kenal je..dia ngah cari air jugak...tetiba je aku terpandang sorang wanita yang agak berumur datang dari belakang aku...Dia senyum sambil tegur..."cuti ke mlm ni??" aku dengan blur2 nya jwb," errr, cuti2...." Masa ni aku baru teringat ni makcik yang jual nasi lemak dulu...dan gadis td anak dia...malu plak aku rasa..aku pon main jawab je cuti..tak tau cuti apa...huhu...tp aku rasa dia perli aku tak gi terawih kot...huhu...

Makcik, " ko cari apa ni?...byk beli barang..."... aku, " ada la sket2 cari barang...untuk sahur sok...
Anak makcik tu plak tanya, " keje ke sekarang? lama tak nampak, kain pelikat dah repair? "

Aku dengan merah padam & dalam hati, siot je minah ni...slumber je malukan aku ngn mak dia....aku pon jawab, " kain x repair pon...ntah mana letak ntah...nape, nak repair ke?

Anak makcik, " x la..klu takde kain, boleh belikan...belanja..."

Aku, " hehehhee, x pelah....dah byk kain.." sambil aku jeling kat mak dia yang duk sengih2...

Dalam hati aku, senget anak dia dia ni..kot ye pon, tgu mak ko blah la wei....ada ke ckp dpn2 mak dia..Aku dengan tak nak ckp banyak, blah camtu je...anak dia ni takleh di layan sgt...mula la x betol....huhu....

Aku terus amik air soya dan bayar di kaunter...masa on the way kat keta, hujan..aku lepak tgk barang2 kat tepi kedai...ada la kedai tu jual kain pelikat..aku pon beli lah satu...huhu...mmg ada hati nak beli pon sebelum ni...

Baru je aku kuar kedai tu, jupe lagi minah ngn mak dia tu...

Anak makcik, " beli kain pelikat ke???? , kuat sound minah ni.... siot je minah ni....

Aku dengan senyum2 nya, blah je lalu dpn diorg sambil dengar diorg duk gelak2 kan aku...siot, malu lg aku malam ni ngan diorg....

Aku naik kereta sambil tergelak..geli hati plak dgn diorg tu..ada je nak kenakan aku....

Itu saje cite buat malam ni..pengajarannya, hati mau kering kalau jupe org2 mcm ni..hahahaha...

(^_^)
zassS

1st day kat Sony bangi

Alhamdulillah, selesai saje terawih td, aku pi mkn2 jap...sambil borak2 ngn member....best kan bulan ramadahan ni..banyak fadhilat di bulan mulia ni....aku rasa tenang sangat sbb masa ni lah, kita buat banyak2 ibadah...suka dengar kuliah2 yang di sampaikan..maklumlah, dulu masa byk terbuang begitu je..

nih aku nak cite pasal 1 st day aku kat sony dulu...aku masuk sony kat bangi ni pada 1hb julai...lama dah kan aku masuk...baru nak cite...hahahaaa...korang ingat tak cite pasal kete aku yg eksiden kat bawah ni...masa time kena eksiden dulu, aku cukup hangin je ngan mamat yg langgar kete aku ni...dah la muka slumber je lepas langgar....mo je aku bagi penampar masa tu..tp kesian pon ada gak sbb tgk muka dia sedih je..muka org tua....huhu...ikutkan sumpah aku geram je tgk mamat yg langgar ni...jupe kat balai polis tempoh hari pon, aku geram je...

nak di jadikan cerita dunia ni kecik sangat2, aku terjumpa balik mamat yg langgar aku dlm sony tempat aku keje...mula2 aku perhati betol2 takut salah orang...bila aku tnya orang2 kat situ, memang sah dia yg langgar kete aku ritu...

Korang tau tak sape dia? sekali aku kerja bawah dia!!!! demm! dia adalah bos aku! hampeh!! sempit je dunia wei...aku dulu punye lah menyumpah yang amat kat dia...sekali aku kerja ngan dia...duk satu department...adoi..naseb betol...

Tp percaya lah, tak sampai dua hari aku masuk kerja situ, aku ngn dia ngam giler! dia baik dan selalu kongsi cite ngn aku...x sangka org yg aku tak suke dulu jadi befren aku kat kilang tu skrg....ni lah dia, setiap kejadian ada hikmah...sbb tu lah kita takleh nak sumpah bukan2...aku byk belajar dari situ...aku selalu terfikir betapa agungnya kuasa Maha Pencipta kita...setiap kejadian pasti ada hikmah... =)

ok lah..aku pon nak masuk tidur..besok kerja jam 6...lepas sahur nnt, terus kerja...aku akan lawati blog kawan2 bila sempat nnt ok....

(^_^)

zassS