i miss my blog!!





Waaaa...berhabuk dah blog ni...lama gile x tgk...mana ntah mood nak menulis pergi..sejak internet jarang2 ada mmg malas nak bukak..sejak fb semakin meluas, blog pon jarang nak tengok2..

Now blog ni akan aktif untuk tujuan menjual barang2 sukan..Miss my blog!!!

Harimau Baham Garuda


Tahniah pada Harimau Malaya kerana dengan kesungguhan yang ditunjuk, hasilnya begitu membanggakan..Kemenangan 3-0 jelas membuktikan kita sebenarnya mampu bermain diperingkat dunia..Hasil dan corak permainan yang diajar K.Rajagopal jelas mampu membenam keegoaan pasukan Garuda selama ini yang beranggapan Harimau Malaya hanyalah pasukan yang lemah.

Kemenangan ini juga berpunca dengan kehebatan NorShahrul Idlan Talaha yang bijak mengawal bola..Antara faktornya kerana beliau mengunakan Rayban yang mampu menahan pancaran Laser... kah kah kah...


Gaya seorang Hero


Rayban punca kemenangan

Gambar diatas diambil dari blog lain..Sekadar berkongsi..Tahniah Malaysia!

(^-^)

Anda di mata orang lain



Suatu hari seorang MOTIVATOR terkenal membuka seminarnya dengan cara yang unik.

Sambil memegang wang RM100, dia bertanya kepada hadirin,


"Siapa yang nak duit ini?".


Kelihatan ramai penonton angkat tangan menunjukkan ramai yang minat.


"Saya akan berikan ini kepada salah seorang dari anda , tapi sebelumnya

perkenankanlah saya buat ni dulu."

Dia berdiri mendekati hadirin. Wang itu diramas-ramas dengan tangannya
sehingga renyuk.

Lalu bertanya lagi,


"Siapa yang masih mahu duit ini?"


Jumlah tangan yang mengangkat tak berkurang.


"Baiklah," jawabnya,


"Apa jadinya bila saya melakukan ini?"


Ujarnya sambil menjatuhkan wang itu ke lantai & melenyek-lenyekkan dgn
kasutnya.
Meski masih utuh, kini wang itu jadi amat kotor,lusuh dan amat renyuk.


OK, sekarang masih ada yang berminat?".


Tangan-tangan yang angkat ke atas masih tetap banyak.


"Hadirin sekalian, Anda baru saja menghadapi sebuah pelajaran penting.

Apapun yang terjadi dengan wang ini, anda masih berminat kerana apa yang saya lakukan tidak akan mengurangi nilainya.

Biarpun renyuk,lusuh dan kotor, wang ini tetap bernilai RM100 juga..

Dalam kehidupan ini, kita pernah beberapa kali terjatuh, terkoyak,dan

dipenuhi kotoran akibat keputusan yang kita buat & situasi yang menerpa kita dalam sesuatu keadaan dahulu.


Dalam keadaan seperti itu, kita merasa tak berharga, tak bererti.


Padahal apapun yang telah & akan terjadi, anda tidak pernah akan

kehilangan nilai di mata mereka yang mencintai anda, lebih-lebih lagi di mata Tuhan.

Jadi walau bagaimana kotor pun anda, anda masih mempunyai nilai yang
tersendiri.

Sayangilah diri anda, bertaubat jika membuat dosa, terus berusaha jika

gagal kerana diri kita sebenarnya amat berharga.


Dan jangan terlupa kita adalah makhluk Allah yang di pandang sama,

hanya iman dan takwa yang membezakan kita.


p/s: sumber diambil dari emel yang dikirim


(^_^)

World Cup 2010



Demam bola sepak bermula lagi...now dah nak masuk pusingan 16..aku pun turut demam..sampai nak tulis blog malas jek...pagi2 2.30 pon aku tengok...World Cup 2010 sangat menarik bagi aku...Banyak juga perubahan pemain dari negara2 yang terlibat...Pada tahun ni, aku tidak lah mempunyai pasukan dihati sebab aku lebih suka menonton perlawanan sahaja. World Cup lain dari Liga Perdana Inggeris. Kalau di EPL aku mempunyai pasukan favourite iaitu Arsenal tp di World Cup aku lebih suka melihat pemain2 kulit hitam bermain...sayang apabila Afrika, Nigeria, Cameroon keluar pada pusingan 16..Ghana jer ada peluang..Vote for Ghana!! muahahaha

Pada pusingan ke16 ni kalau dilihat pada perlawanan sebelum ni, kebangkitan kumpulan latin sangat menyerlah untuk World Cup 2010. Uruguay, Paraguay,Mexico, Chile semuanya agak menonjol pada kali ini selain dari Brazil dan Argentina..Walaubagaimanapon, perlawanan pasti lagi menarik pada pusingan ke16 nnt. Pada pusingan 16 nanti, satu2 wakil Asia yang layak adalah Korea Selatan..Boleh lerr bangga walaupon tahu laluannya agak sukar...

Kali ini USA layak pulak masuk pusingan 16... Marah betol aku geng terrorist ni layak...hahaha...Tapi paling best bercerita tentang England yang nyawa2 ikan berjaya ke pusingan seterusnya..kalau tak, dah lama balik macam France..Ramai juga peminat Englanda kat Malaysia nih...Lagi satu aku harap Spain pon kalah..hahaha...

Btw, aku mengharapkan pasukan tak ternama bakal juara pada tahun ini. Jom layan lagu " This Time for Africa"


(^_^)

zaaSSS

Israil Buat Hal lagi






Seperti biasa, semua orang satu dunia tahu pasal Israil Laknaktullah. Hari ini kita digemparkan pula serangan ke atas kapal misi penyelamat Malaysia. Apabila berlaku kepada rakyat negara kita, kita mula hangat memperkatakan isu sebegini. Malah, di ruangan sosial Facebook terutamanya rata2 mengutuk serangan dan perbuatan Israil Laknatullah ni.

Aku mula berfikir, mengapa kita semua bertindak sedemikian. Masing2 bercakap, BOIKOT ISRAIL!!! ISRAIL SUCK!!! dan macam2 lagi perkataan2 mencaci dan mengutuk Israil. Tapi sedarkan kah kita sebenarnya apabila kita hanya bercakap2 sebegitu, ianya tidak ubah umpama percakapan kosong dan itu tidak lebih hanya sekadar mengikut laungan sepertimana dibuat oleh orang2 lain.

Mengapa dan sebab apa?? Kerana kita sebenarnya tidak sedar, selama ini macam mana penderitaan yang di alamai sendiri oleh saudara seagama kita, Palestin. Penderitaan yang dialamai oleh saudara kita itu sudah lama dan ini bukan berlaku hanya semalam!! Jangan hanya kerana berlaku sesuatu kepada rakyat kita semalam, semua orang sibuk nak melaungkan slogan BOIKOT ISRAIL!! Namun, semangat orang ramai mengutuk tindakan Israil ini mungkin tidak lama sebab ia hanya lebih kepada mengikut2 orang lain.

Manakan tidak, kalau betul kita semua ingin mengutuk Israil, mengapa masih ramai diantara kita ada yang bersuka ria, bergembira dan ada juga yang tidak mengambil kisah. Apakah tidak ada sedetik pun di hati kecil kita untuk memohon pertolongan kepada Maha Pencipta kita, ALLAH S.W.T. Berapa ramaikah orang2 kita pergi ke masjid untuk melakukan solat hajat? Berapa ramaikah orang kita, bangun di malam hari untuk memohon kepada ALLAH S.W.T agar saudara kita diselamatkan?? Dan berapa ramaikah orang kita menangis mengenangkan Yahudi semakin kurang ajar menindas Islam??

Di sini, timbul lagi persoalan kepada kita, mengapa kita yang mengaku Islam tetapi tidak mentaati perintah ALLAH S.W.T sibuk mengutuk serangan Israil. Memang benar itu menunjukkan kita masih ada iman yang kecil namun pada hakikatnya mampukan kita melawan musuh ALLAH sekiranya kita tidak berusaha menambahkan iman kita? Tidak malukah kita kepada ALLAH kalau kita meminta pertolongan kepadaNYA tetapi kita tidak menuruti perintanNYA... Apakah kita hanya lebih kepada mengikut2? Jadi sedar lah kita semua, mulai saat ini, pakat2 lah kita ke masjid, tambahkan ilmu dan iman kita. Apabila iman kita kuat, InsyaAllah, kita pasti menang di kemudian hari.

Khususnya kepada golongan muda, pakat2 lah kita memakmurkan rumah ALLAH agar kita semua selamat dan ditambahkan keimanan. Kemajuan sesebuah negara bergantung pada orang2 muda seperti kita sekarang. Jangan lah kita hanya berharap pada golongan tua sahaja memakmurkan masjid.

Al fatihah kepada sesiapa yang terkorban pada serangan tersebut. Mudahan kita semua dapat ambil pengajaran dan iktibar. Jangan la kita jadi golongan yang munafik. Renung2 kan lah...


(^_^)

Perjuangan Islam pasti menang!

Beronline di malam hari di rumah





yahooo...memang syok habis...sejak aku di Raub ni, malam2 memang takde aktiviti sangat.. Lepas solat isyak biasa memang aku dah get ready tidur...tp malam ni, aku dapat online....


Minggu lepas ada kontraktor komputer masuk sekolah..mulanya memang technician sekolah aku taknak amik wireless..aku racun la sket2...dlm kepala dah set, memang aku usaha gak biar wireless sampai ke rumah aku..at least aku ada benda sket nk buat...

Pagi tadi dengan semangatnya pasang ler...Jenuh la jugak nk bagi dapat sbb mcm2 setting, nk cari pot dekat2 rumah lg...tp mujur la techinician aku cemerlang berjaya menyetelkan..Test punyer test, dpt la kat rumah aku, tp dianya rumah tak dapat....miahahhaha...

Ntah masa bila dia ubah pot wireless tu ntah..tau2 malam ni dia ym aku...ceit, dia berjaya mengambil internet tu jugak...Maka sekitar2 rumah aku ni, dapat la wireless free!!

Btw, wireless ni takde la best sgt sbb aku takleh akses youtube, torrent, n ada lg2 la...biasa la...kena sekat...huhu...takpelah, janji dapat blogger n buat keja aku...


p/s : Mood Happy

(^_^)

yesszzaa

Aku nk topup RM30




JOM menang topup RM30.. kebetulan terbaca blog ni, aku terlintas ler nk join..walaupon tak tahu sangat apa maksudnya "Glee"..


so bila tengok gambar tu, aku dapat la idea sket2...Mula2 nak amik gambar aku sendiri tp siapa lak nak amik gambar..jadi aku mengunakan la bebudak nih jadi partner..kalau menang, aku share la topup RM10 sorang...wakakakaka....

Muahahaha..kesian lak aku tengok muka kena conteng2...tapi pe nasib...semangat nk menang....hahaha....ni gambar just utk show je...Gambar sebenar dah email ye Tauke Terompah!

(^_^)
yesszzaa