my car accident


Sudah lama aku tidak berada dialam maya setelah sekian lama busy menghabiskan cuti sekolah kerana diketika ini musim mengawan teramatlah hebat...dengan membawa senjata Nikon aku, terus menjalankan tanggungjawab shoot gambar..dan akhirnya aku kepenatan dan muntah mnelihat gambar..hahahaha...

Sampai Bangi 7hb..hampir seminngu lebih jugak aku balik..Bangi-Perak-Penang-Kedah-Kelantan-Terengganu-Pahang-Kelantan-Kedah-Penang-Bangi... Jauh sungguh perjalanan aku rasa..tersangat penat...

Balik Bangi rutin harian cam biasa..menyiapkan kerja2 yang makin bertambah..Nak dijadikan cerita, petang 8hb, aku kuar sekejap dan waktu itu hujan... aku drive dengan hati2.. sampai di warta bangi, kereta banyak dan jem teruk..aku berhenti di trafic light dengan menunggu Q yg agak panjang..tak sampai seminit aku stop, dummmmMM! prekk..prekk! hentakan kuat menyebabkan aku terhantuk ke depan..rupanya kereta aku dilanggar dari belakang dan kereta aku tergelongsor langgar kereta di depan...

Aku cuba keluar tapi pintu sebelah aku takleh bukak luas sbb dah termasuk ke dalam dan aku keluar pintu sebelah kiri..Aku pergi tengok ke belakang kereta....alamak! parah kereta aku! kereta kancil di belakang aku rupenya di langgar dari belakang juga..Kesian aku tengok makcik tu yang masih terkejut..Kereta depan aku juga hancur sedikit mudguard..dan kereta buruk ford belakang kereta kancil tu, aku tak amik tau...Gila ape ntah laju bawak depan traffic light! yang penting dia dah ekna saman!

Akhirnya kereta aku yang paling teruk kena..Apa lagi, claim kereta yang paling belakang ar...dan sekarang kereta aku ada di workshop..waa waa waa....

mood : sedih =(

zassS