Kejohanan Bola Sepak Piala Datuk NAM

28hb - 30hb MARA mengadakan Kejohanan Bola Sepak Piala Datuk NAM bertempat di padang Unikl MFI dan padang UKM..perlawanan ini disertai wakil MARA setiap negeri termasuk Sabah dan Sarawak..Malam perasmian sukan di Perdana Hall Unikl MFI, saya sempat berjumpa cikgu saya semasa di MRSM Jeli, cikgu Zaki dan merupakan cikgu Homeroom saya..cikgu Zaki wakil dari MARA Kelantan..beberapa keping gambar yg saya sempat shoot pada perlawanan antara MARA Kelantan dan MARA Sabah..Perlawanan ini dimenangi MARA Kelantan 4-1..




Cikgu Zaki (MRSM Jeli)



Piala NAM

Team MARA Kelantan


Bersalaman MARA Kelantan VS MARA Sabah


Defender Cikgu Zaki

Sepakan Striker Sabah

Goalkeeper Kelantan

Pemandangan di Empangan Kuala Kubu Baru



Bunga-Bunga di Fraser's Hill







Me and Team Members Action





My Action


22hb dan 23hb Nov 2008 aku dan team members PSDC telah bermalam di Fraser’s Hill untuk shoot Flora dan Fauna di sana..Banyak pengalaman yang aku dapat di sana disamping dapat mengeratkan lg kemesraan kami sesame forumer Photosantai..Kami ada forumer yang aktif untuk wilyah tengah (Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Selangor)..

Sepanjang aku kat sana, beberapa action aku di snap dari member2. Thanks guys!










Team Members Photo Santai . Com (PSDC) at Fraser's Hill


Group photo PSDC members at Fraser's Hill
Organize by: AzmiBogart dan Abe Din
Mission : PSDC Outing
Location : Sri Intan (TM), Fraser Hill
Group members : Photosantai (AzmiBogart, Dashuki, Tok Ayah, Ikhlaswarisan, Jusoh & wife, Taja, Qool, Serdang001(Abedin), Abemat (Najib))
Date : 22-23 November 2008
Subject : Flora and Fauna



Mulianya seorang isteri disisi Allah..

Untuk renungan semua kita sama ada lelaki mau pun wanita.Terutama yang telah pun menjadi suami.....
semoga ianya akan mendatangkn manafaat untuk kita.Insyallah.

Mulianya seorang isteri disisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri
ini pada keluarga, suami dan anak-anak
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri
mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhiratkelak.
Biarlah buruk mana isteri anda,
sayangilah mereka.....

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja
dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia.
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang
tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari.
Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah.
Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. .
sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis
nyawanya.

Satu lagi berita gembira untuk wanita,
Sepanjang dia mengandung
Allah sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap
mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi
Allah beri kelonggaran siksa kubur.
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami
seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala
tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan
terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia
terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.
Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid
atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah keatasnya jua..

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian
Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya,
jadi dia pun memberi pahalanya kepada
suami untuk lepas masuk syurga.
Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan
isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung
terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan
diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik
dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat
Allah agar tidak derhaka denganNya.

Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak
kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir
kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan
wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

(dipetik dari TKO)

My Action during shooting at Dataran Merdeka


Bersyukur ke atas Nikmat

Allah SWT berfirman : “Maka nikmat Tuhan kamu manakah yang kamu dustakan” (Ar-Rahman [55]: 13)

Alhamdulillah, maghrib kelmarin ada kuliah agama di surau Abdul Rahman Auf di seksyen 3..kebetulan tu 1st time aku gi surau situ selepas pindah dari seksyen 2..ceramah ustaz malam tu pasal NIKMAT..

Inilah Fakta tentang Nikmat yang dikurniakan Allah SWT:

"Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih"”. (Ibrahim [14]:7)

Sebenarnya Nikmat ni adalah satu ujian yang diberikan oleh Allah S.W.T pada hamba-hambanya kat dunia ni..dari sini lah Allah s.w.t dapat menguji sejauh mana keimanan seseorang hambanya..Manusia ni sebenarnya seorang yang cepat pelupa..bila dalam keadaan senang, manusia seringkali alpa pada Allah s.w.t tetapi bila di dalam keadaan susah, barulah manusia ingat pada-NYA..tidakkah ini satu penipuan kita terhadap pencipta kita??tidak malukah kita bila di dalam keadaan susah, kita menangis, bersujud, sehinggakan kita lupa untuk makan minum meminta pertolongan dari Allah s.w.t..masa ni, kita menyerahkan sepenuh jiwa dan raga kita untuk mengabdikan diri kita pada-NYA..

Malangnya apabila Allah s.w.t memakbulkan permintaan kita, kita semakin lupa kepada-NYA..daripada cukup sembahyang lima waktu sehari, menjadi 3 atau 2 kali sehari atau terus meninggalkannya..daripada seorang yang selalu berzikir, menjadi terus lupa..kalau dahulunya seorang yang rajin berpuasa, sekarang tidak lagi berpuasa..ah, begitu mudahnya manusia ini melupakan pada Allah s.w.t..Padahal Dia tak pernah lupakan hamba-hambanya..

Sebenarnya, orang-orang seperti ini, adalah golongan orang yang tak mensyukuri nikmat yang Allah s.w.t. Golongan ini diuji oleh Allah s.w.t untuk mengetahui sejauh mana kekuatan iman dalam diri kita..Hanya orang-orang yang kuat saja tabah dalam menjalani ujian Allah s.w.t. Sebagai contoh, kalau dahulu, kita seorang yang kurang berada tetapi pada masa itu kita kuat beribadat, seringkali berpuasa sunat, rajin menderma mengikut kemampuan yang ada dan seorang yang taat pada perintah Allah s.w.t

Olehkerana taatnya kita pada Allah s.w.t, maka dia permurahkan rezeki kita..dari seorang peniaga kecil-kecilan, menjadi seorang usahawan berjaya, dikenali dan kaya raya.. Di sini lah Allah s.w.t menguji sekali lagi hambanya..Kalau kita seorang yang tidak pandai untuk mensyukuri Nikmat yang diberi, nescaya hidup/nikmat yang diberi pada kita tak akan berkekalan..

Akan tetapi, sekiranya kita senantiasa bersyukur dengan Nikmat yang diberi itu, maka Allah s.w.t akan menambahkan lagi rezekinya..begitulah layanan Allah s.w.t pada hamba-hambanya yang bersyukur..penyayangnya Allah s.w.t pada kita semua..

Imam Ghazali pernah berkata, 'Nikmat ini seperti haiwan liar'.. ini bermaksud, kita terpaksa tambat ( mengikat) nikmat tu supaya tak lari ( tak hilang).. mengikat yang dimaksudkan itu adalah bersyukur.. kerana dengan bersyukur saja, nikmat tu akan bertambah dan berkekalan..

kalau nak dihitung mengunakan pengiraan, beginilah caranya:

Bersyukur = Nikmat+Nikmat

Bersyukur+Bersyukur = Nikmat+Nikmat+Nikmat

Bersyukur+Bersyukur+Bersyukur = Nikmat+Nikmat+Nikmat+Nikmat

Bersyukur+Bersyukur+Bersyukur+Bersyukur = Nikmat+Nikmat+Nikmat+Nikmat+Nikmat


Subhannalah!! Begitu banyaknya kalau dihitung secara matematik..betapa penyayang Allah s.w.t pada hambanya yang bersyukur dengan nikmat yang diberikan..



“Dan Dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dari segala apa yang kamu mohonkan kepadanya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghinggakannya. Sesungguhnya manusia itu, sangat lalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah).” (Ibrahim [14]:34)




Photosantai Members at Dataran Merdeka


photograping

Me with Ustaz Azhar Idrus during TT KLCC





All members of Photosantai paid attention to the explanation from ustaz azhar about his Nikon D3 .. Picture taken and edited by Jusoh

Faces of Photosantai Members




Left to Right, top to bottom:
Firdaus, PaAlisya, Zilzal
Fendi66, Dashuki, Ustaz Azhar
Jusoh, Ikhlaswarisan, Tok Ayah

Edited by AzmiBogart.. =)