World Cup 2010



Demam bola sepak bermula lagi...now dah nak masuk pusingan 16..aku pun turut demam..sampai nak tulis blog malas jek...pagi2 2.30 pon aku tengok...World Cup 2010 sangat menarik bagi aku...Banyak juga perubahan pemain dari negara2 yang terlibat...Pada tahun ni, aku tidak lah mempunyai pasukan dihati sebab aku lebih suka menonton perlawanan sahaja. World Cup lain dari Liga Perdana Inggeris. Kalau di EPL aku mempunyai pasukan favourite iaitu Arsenal tp di World Cup aku lebih suka melihat pemain2 kulit hitam bermain...sayang apabila Afrika, Nigeria, Cameroon keluar pada pusingan 16..Ghana jer ada peluang..Vote for Ghana!! muahahaha

Pada pusingan ke16 ni kalau dilihat pada perlawanan sebelum ni, kebangkitan kumpulan latin sangat menyerlah untuk World Cup 2010. Uruguay, Paraguay,Mexico, Chile semuanya agak menonjol pada kali ini selain dari Brazil dan Argentina..Walaubagaimanapon, perlawanan pasti lagi menarik pada pusingan ke16 nnt. Pada pusingan 16 nanti, satu2 wakil Asia yang layak adalah Korea Selatan..Boleh lerr bangga walaupon tahu laluannya agak sukar...

Kali ini USA layak pulak masuk pusingan 16... Marah betol aku geng terrorist ni layak...hahaha...Tapi paling best bercerita tentang England yang nyawa2 ikan berjaya ke pusingan seterusnya..kalau tak, dah lama balik macam France..Ramai juga peminat Englanda kat Malaysia nih...Lagi satu aku harap Spain pon kalah..hahaha...

Btw, aku mengharapkan pasukan tak ternama bakal juara pada tahun ini. Jom layan lagu " This Time for Africa"


(^_^)

zaaSSS

Israil Buat Hal lagi






Seperti biasa, semua orang satu dunia tahu pasal Israil Laknaktullah. Hari ini kita digemparkan pula serangan ke atas kapal misi penyelamat Malaysia. Apabila berlaku kepada rakyat negara kita, kita mula hangat memperkatakan isu sebegini. Malah, di ruangan sosial Facebook terutamanya rata2 mengutuk serangan dan perbuatan Israil Laknatullah ni.

Aku mula berfikir, mengapa kita semua bertindak sedemikian. Masing2 bercakap, BOIKOT ISRAIL!!! ISRAIL SUCK!!! dan macam2 lagi perkataan2 mencaci dan mengutuk Israil. Tapi sedarkan kah kita sebenarnya apabila kita hanya bercakap2 sebegitu, ianya tidak ubah umpama percakapan kosong dan itu tidak lebih hanya sekadar mengikut laungan sepertimana dibuat oleh orang2 lain.

Mengapa dan sebab apa?? Kerana kita sebenarnya tidak sedar, selama ini macam mana penderitaan yang di alamai sendiri oleh saudara seagama kita, Palestin. Penderitaan yang dialamai oleh saudara kita itu sudah lama dan ini bukan berlaku hanya semalam!! Jangan hanya kerana berlaku sesuatu kepada rakyat kita semalam, semua orang sibuk nak melaungkan slogan BOIKOT ISRAIL!! Namun, semangat orang ramai mengutuk tindakan Israil ini mungkin tidak lama sebab ia hanya lebih kepada mengikut2 orang lain.

Manakan tidak, kalau betul kita semua ingin mengutuk Israil, mengapa masih ramai diantara kita ada yang bersuka ria, bergembira dan ada juga yang tidak mengambil kisah. Apakah tidak ada sedetik pun di hati kecil kita untuk memohon pertolongan kepada Maha Pencipta kita, ALLAH S.W.T. Berapa ramaikah orang2 kita pergi ke masjid untuk melakukan solat hajat? Berapa ramaikah orang kita, bangun di malam hari untuk memohon kepada ALLAH S.W.T agar saudara kita diselamatkan?? Dan berapa ramaikah orang kita menangis mengenangkan Yahudi semakin kurang ajar menindas Islam??

Di sini, timbul lagi persoalan kepada kita, mengapa kita yang mengaku Islam tetapi tidak mentaati perintah ALLAH S.W.T sibuk mengutuk serangan Israil. Memang benar itu menunjukkan kita masih ada iman yang kecil namun pada hakikatnya mampukan kita melawan musuh ALLAH sekiranya kita tidak berusaha menambahkan iman kita? Tidak malukah kita kepada ALLAH kalau kita meminta pertolongan kepadaNYA tetapi kita tidak menuruti perintanNYA... Apakah kita hanya lebih kepada mengikut2? Jadi sedar lah kita semua, mulai saat ini, pakat2 lah kita ke masjid, tambahkan ilmu dan iman kita. Apabila iman kita kuat, InsyaAllah, kita pasti menang di kemudian hari.

Khususnya kepada golongan muda, pakat2 lah kita memakmurkan rumah ALLAH agar kita semua selamat dan ditambahkan keimanan. Kemajuan sesebuah negara bergantung pada orang2 muda seperti kita sekarang. Jangan lah kita hanya berharap pada golongan tua sahaja memakmurkan masjid.

Al fatihah kepada sesiapa yang terkorban pada serangan tersebut. Mudahan kita semua dapat ambil pengajaran dan iktibar. Jangan la kita jadi golongan yang munafik. Renung2 kan lah...


(^_^)

Perjuangan Islam pasti menang!